Suhu Curie
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dalam bidang fizik dan sains bahan, suhu Curie (Tc ) atau titik Curie adalah satu suhu di mana bahan feromagnet atau ferimagnet menjadi paramagnet semasa dipanaskan. Kesan ini boleh dibalikkan. Satu magnet akan hilang kemagnetannya jika dipanaskan melebihi suhu Curie. Istilah ini juga digunakan untuk bahan piezoelektrik bagi merujuk kepada pengutuban spontan yang hilang semasa pemanasan. Suhu serupa bagi bahan antiferomagnet dipanggil suhu Néel. Suhu Curie dinamakan sempena seorang ahli fizik, Pierre Curie.
Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.