Suddha Dibyaratana
Puteri Thailand / From Wikipedia, the free encyclopedia
Suddha Dibyaratana, Puteri Rattanakosin (Bahasa Thai: สุทธาทิพยรัตน์code: th is deprecated ; RTGS: Sutthathipphayarat; 14 September 1877 - 2 Januari 1922), ialah puteri Siam (kemudian Thailand). Beliau ialah seorang ahli keluarga diraja Siam. Beliau adalah anak perempuan pertama Chulalongkorn, Raja Rama V dari Siam.
Suddha Dibyaratana | |
---|---|
Puteri Siam Puteri Rattanakosin | |
![]() | |
Nama penuh | Suddha Dibayaratana Sukhumkhattiya Galyavadi |
Keputeraan | (1877-09-14)14 September 1877 |
Tempat keputeraan | ![]() Bangkok, Thailand |
Mangkat | 2 Januari 1922(1922-01-02) (umur 44) |
Tempat mangkat | ![]() |
Kerabat diraja | Dinasti Chakri |
Ayahanda | Chulalongkorn (Rama V) |
Bonda | Permaisuri Sukhumala Marasri |
Ibunya ialah permaisuri Sukhumala Marasri, permaisuri keempat dan saudara tiri Raja Chulalongkorn. Beliau mempunyai seorang adinda, Paribatra Sukhumbhand, Putera Nakhon Sawan. Namanya penuh diberikan ialah Suddha Dibyaratana Sukhumkhattiya Galyavadi (Bahasa Thai: สุทธาทิพยรัตน์ สุขุมขัตติยกัลยาวดีcode: th is deprecated ) Beliau salah seorang puteri yang paling cantik dari segala puteri-puteri Raja Chulalongkorn.
Pada 9 Ogos 1906, beliau telah diberi gelaran diraja Puteri Rattanakosin, diterjemahkan dalam Thai sebagai Krommaluang Si Rattanakosin (Bahasa Thai: กรมหลวงศรีรัตนโกสินทรcode: th is deprecated ). Beliau ialah satu-satunya anak perempuan diberi pangkat Krommaluang, pangkat Krom tahap ke-3.