![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/fd/Serendah_Railway_Station_1.jpg/640px-Serendah_Railway_Station_1.jpg&w=640&q=50)
Stesen kereta api
kemudahan landasan kereta api di mana kereta api berhenti secara tetap untuk menerima atau meletakkan penumpang dan/atau muatan / From Wikipedia, the free encyclopedia
Stesen kereta api, stesen keretapi atau depoh ialah kemudahan pengangkutan rel atau tempat di mana kereta api biasanya berhenti untuk mengambil/menurunkan para penumpang dan mengangkut barangan atau kedua-duanya sekali.[1] Ia biasanya terdiri daripada sekurang-kurangnya satu platform, satu trek dan bangunan stesen yang menyediakan perkhidmatan sampingan seperti penjualan tiket, bilik menunggu dan perkhidmatan bagasi/kargo.[2] Lazimnya terdapat pengangkutan awam lain yang berhubung dengan stesen kereta api seperti bas dan teksi.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/fd/Serendah_Railway_Station_1.jpg/640px-Serendah_Railway_Station_1.jpg)