![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/8/86/Axiata_Arena_2017_Sea_Games.jpg/640px-Axiata_Arena_2017_Sea_Games.jpg&w=640&q=50)
Arena Axiata
From Wikipedia, the free encyclopedia
Axiata Arena (sebelumnya, Stadium Putra Bukit Jalil) ialah sebuah stadium tertutup terbesar di Malaysia yang terletak di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil. Stadium ini ialah salah satu fasiliti sukan yang terdapat di Kompleks Sukan Bukit Jalil selain daripada Stadium Nasional, Stadium Hoki Nasional, Pusat Skuasy Nasional, Pusat Akuatik Nasional dan Dewan Seri Putra.
![]() | |
Lokasi | Bukit Jalil, Kuala Lumpur Malaysia |
---|---|
Koordinat | 3°3′16.8″N 101°41′28.2″E |
Transit awam | SP17 Stesen LRT Bukit Jalil |
Pemilik | Kerajaan Persekutuan Malaysia |
Pentadbir | Bandaraya Sukan Kuala Lumpur |
Kapasiti | 14,425 (2017) 16,000 (2018–sekarang)[1] |
Saiz Padang | 69 × 25 meter[2] |
Papan Markah | LED Panel by Samsung[3] |
Pembinaan | |
Dibuka | 1998; 26 tahun yang lalu (1998) |
Pengubahsuaian | 2017; 7 tahun yang lalu (2017) |
Tuan rumah | |
Terbuka Malaysia (Badminton) Disney on Ice WWE (Professional wrestling) (2002, 2014) Thomas Cup (Badminton) (2000, 2010) BWF World Championships (Badminton) (2007) Malaysian Open (tennis) (2009–2015) (ANZ Championship) Netball (2012–2015) |
Stadium ini mempunyai 13,000 tempat duduk yang sedia ada dan 3,000 tempat duduk yang boleh disorokkan. Pintu masuk ke stadium dan pergerakan dalam menggunakan kemudahan yang disediakan begitu mudah dengan adanya 3 pintu masuk utama dan laluan bebas dari plaza pejalan kaki disekelilingnya. Arena yang berbentuk segiempat bujur dengan keluasan maksima 69m x 39.4m, merupakan satu ciri yang terbaik kepada stadium ini. Ia boleh diubahsuai kepada berbagai format mengikut aktiviti-aktiviti sukan seperti tinju, badminton, bola keranjang, bola tampar, ping pong, bermain pedang, bola baling, judo, gusti, gimnastik dan pertandingan bolasepak lima sebelah. Stadium ini juga mampu untuk mengajurkan acara bukan sukan seperti konsert, persidangan, dan pameran.