From Wikipedia, the free encyclopedia
Stadium Kebangsaan (国立霞ヶ丘陸上競技場 , Kokuritsu Kasumigaoka Rikujō Kyogijō) merupakan sebuah stadium yang terletak di Kasumigaoka, Shinjuku, Tokyo, Jepun. Stadium ini berperanan sebagai stadium utama untuk acara pembukaan dan penutupan serta menjadi venue untuk acara olahraga semasa Sukan Olimpik Musim Panas 1964. Perlawanan Pasukan bola sepak kebangsaan Jepun dan perlawanan akhir bola sepak utama berlangsung di stadium ini. Kapasiti rasmi stadium ini adalah 57,363 tetapi kapasiti sebenar adalah hanya 48,000 tempat duduk.
Stadium Kebangsaan | |
---|---|
Kokuritsu Kyōgijō | |
Lokasi | 10-2, Kasumigaoka-machi, Shinjuku, Tokyo, Jepun |
Dibuka | 1958 |
Ditutup | 2014 |
Pemilik | Majlis Sukan Jepun |
Permukaan | Rumput |
Kos pembinaan | 1.26 bilion (pembinaan semula 2019) |
Arkitek | Mitsuo Katayama Kengo Kuma (pembinaan semula 2019) |
Kapasiti | 48,000 (asal) 68,000 (Olahraga 2019) 60,000 (Sukan Olimpik Musim Panas 2020 ) |
Rekod kehadiran | 80,000 L'Arc-en-Ciel, pada 21–22 Mac 2014 |
Dimensi padang | 105 × 68 m |
Perobohan stadium ini telah selesai pada bulan Mei 2015 dan tapak stadium akan dibangunkan semula sebagai Stadium Olimpik Kebangsaan dengan kapasiti yang lebih besar.[1] Stadium baru dijangka akan menjadi venue utama untuk Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Musim Panas 2020.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.