Solidarność
From Wikipedia, the free encyclopedia
Solidarność ([/sɔliˈdarnɔɕt͡ɕ/ (bantuan·info), so.li.dar.nosy.ts], "Kesepakatan" atau "Setiakawan/Solidariti/Solidaritas"; nama penuh: Niezależny Samorządny Związek Zawodowy "Solidarność"; [ɲezaˈlɛʐnɨ samɔˈʐɔndnɨ ˈzvjɔ̃zɛk zavɔˈdɔvɨ sɔliˈdarnɔɕt͡ɕ], "Kesatuan Buruh Diperintah Sendiri "Solidariti") ialah sebuah kesatuan buruh dari Poland yang ditubuhkan pada 17 September 1980 di Limbungan Kapal Lenin di bawah pimpinan Lech Wałęsa.[1] Ia merupakan kesatuan perdagangan pertama dalam Pakatan Warsaw yang tidak dipunyai sebarang parti komunis, sepertimana yang lazim di Blok Komunis pada ketika itu.
Pada awal penubuhannya, badan ini bertindak sebagai suatu gerakan sosial anti-birokrat yang menggunakan cara tentangan awam untuk menyuarakan hak-hak buruh dan perubahan sosial[2] sehingga turut mendapat perhatian dan sokongan Gereja Katolik (melalui Pausnya Jan Paweł II) dan Amerika Syarikat (melalui bantuan dana signifikan mencecah 50 juta dolar[3]). Keanggotaan kesatuan ini mencapai sebanyak 10 juta orang pada September 1981[4][5] - sekitar satu pertiga penduduk dalam lingkungan umur boleh bekerja di Poland[6] - sangat menggugat Pemerintah Poland yang bertindak balas melaksanakan darurat tentera di Polandia, yang berlaku dari Desember 1981 hingga Juli 1983 dan dilanjutkan oleh represi politik dari 8 Oktober 1982.
Lama-kelamaan, pihak pemerintah Poland akhirnya berunding dengan Solidarność mengenai syarat-syarat yang dikehendaki dan dipersetujui yang membawa kepada pengadaan suatu pilihan raya separa bebas pada tahun 1989. Suatupakatan pembangkang pimpinan Solidarność memenangi pilihan raya ini lalu membentuk pemerintahan baharu pada Ogos tahun sama, Wałęsa terpilih sebagai Presiden Poland pada September tahun berikut.