From Wikipedia, the free encyclopedia
Sistem Majoriti atau juga dikenali majoriti mudah, pemenang ambil semua, pengundian plural dan di United Kingdom dipanggil sistem pengundian pertama melepasi garisan penamat (first-past-the-post electoral system). Dalam sains politik , dikenali sebagai Ahli Parlimen Satu Wakil atau "Single-Member District Plurality" (SMDP). Sistem ini digunakan di United Kingdom dan kini diamalkan disebahagian besar bekas koloni British.
Terma "sistem pengundian pertama melepasi garisan penamat" merujuk kepada analogi lumba kuda, di mana pemenangnya adalah yang pertama melepasi garisan penamat, manakala kuda-kuda lain secara automatik akan dianggap sebagai tewas ("pemenang mengambil semua").
Setiap pengundi diberikan daerah mengundi tertentu untuk memilih calon. Semua undian dikira dan calon yang menerima undi paling banyak akan diisythiharkan sebagai pemenang bagi kawasan pilihan raya tersebut.
Contohnya pilihan raya untuk memilih Presiden majlis wakil pelajar.
Terdapat tiga calon, Ali, Tan dan Muthu. Setiap pelajar diberi kertas calonan, dengan nama ketiga-tiga calon dan parti yang mereka wakili. Setiap pelajar mesti memangkah "X" pada nama calon yang dipilih.
Selepas pilihan raya tamat, kertas calonan akan disusun kepada tiga bahagian. Satu bahagian mengandungi semua "X" bagi Ali (iaitu undian untuk Ali). Manakala yang selainnya untuk Tan dan Muthu.
Bahagian yang terbesar adalah pemenangnya. Misalnya, jika Ali ada 11 undian, Tan ada 16 undian, dan Muthu ada 13 undian, maka pemenangnya adalah Tan.
Perhatikan jumlah undi adalah 11 + 16 + 13 = 40 undi, tetapi pemenangnya hanya mendapat 16 calonan iaitu 40%. Dalam sistem majoriti mudah, Tan boleh menang walaupun dia mempunyai satu undi lebih daripada Muthu.
Negara-negara yang menggunakan sistem ini untuk memilih wakil rakyat termasuklah:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.