![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/13/Basor_Dalit_caste.jpg/640px-Basor_Dalit_caste.jpg&w=640&q=50)
Sistem kasta
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sistem Kasta pada umumnya dikaitkan dengan sistem Varna dalam agama Hindu. Pada hakikatnya, tiada perkataan kasta dalam mana-mana kitab agama Hindu. Perkataan kasta berasal daripada Latin, iaitu Castus / Casta, kemudian diguna pakai oleh orang Portugis dan Sepanyol. Semasa penjajahan Portugis di India, para Sarjana Barat cuba mengaitkan perkataan Casta (Latin) dengan Varna (Sanskrit). Maka, sistem Varna dicemarkan dengan perkataan kasta. Sistem Varna ialah pembahagian stratifikasi sesama manusia yang diamalkan oleh manusia. Malahan, stratifikasi ini wujud dikalangan semua manusia di seluruh dunia.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/13/Basor_Dalit_caste.jpg/640px-Basor_Dalit_caste.jpg)
Sistem Varna wujud dalam agama Hindu, ia menentukan bahawa masyarakat beragama Hindu atau Arya boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan peringkat. Pada umumnya, kelas tertinggi ialah para Brahmin atau Brahmana, manakala kelas terendah ialah Sudra. Ia ialah tahap keupayaan minda yang dilatih sejak kecil. Seseorang boleh mengubah kedudukan Varna sekiranya dia mendapat pendidikan Veda dan Kita-Kitab Hindu secara sempurna. Manakala kumpulan Avarna atau Anarya ialah golongan yang terkeluar daripada agama Hindu atau telah melanggar syariat asas agama Hindu. Golongan Avarna ini juga dikenali sebagai Anarya atau Parya/Pariah atau Dalit. Mereka ini juga dikenali orang buangan. Rajah di bawah ini menunjukkan kelas-kelas yang terdapat di dalam sistem Varna. Warna Aura badan manusia berubah warna daripada gelap ke cerah berdasarkan ketakwaan dan tahap minda yang positif. Tiada kaitan dengan warna kulit seseorang.
Sistem Varna | ||
Kelas | Warna Aura Badan | Pekerjaan |
Brahmin | Putih | Paderi dan Guru |
Ksatriya | Merah | Pendekar dan Pemerintah |
Vaisya | Kuning | Petani, Pedagang dan Pelukis |
Sudra | Hitam | Buruh |