From Wikipedia, the free encyclopedia
Sistem Pendidikan di Malaysia
Pendidikan Berkualiti,Insan Terdidik,Negara Sejahtera.
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Pendidikan di peringkat Sekolah Rendah adalah wajib bagi setiap warganegara Malaysia. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan besar sekolah rendah boleh menyambung pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Pendidikan di peringkat sekolah menengah pula adalah tidak wajib bagi setiap warganegara Malaysia. Selepas menduduki Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR), pelajar yang grednya cemerlang boleh memilih untuk menuntut ilmu dalam peringkat sekolah menengah di mana-mana sekolah sekalipun.
Sekolah Menengah adalah pilihan utama rakyat Malaysia dalam menghantar anaknya ke sekolah dalam peringkat pendidikan Menengah.
Sekolah Berasrama Penuh ataupun lebih dikenali sebagai Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) menjadi pilihan bagi murid-murid cemerlang dalam peperiksaan (UPSR).
Rakyat Malaysia juga berhak menghantar anaknya ke sekolah swasta seperti sekolah antarabangsa, sekolah maahad tahfiz dan sebagainya.
Pendidikan menengah rendah di Malaysia dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga. Kini peperiksaan besar bagi menengah rendah ialah Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3). Pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang layak menyambung pendidikan di kelas sains. Pelajar juga boleh menyambung pendidikan menengah atas di mana-mana Sekolah Berasrama Penuh seperti Sekolah Sains,Sekolah Teknik,Kolej Vokasional dan sebagainya.
Pendidikan Menengah Atas di Malaysia dari tingkatan empat hingga tingkatan lima.
Menengah rendah adalah daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 3
Mulai tahun 2017 sistem pembelajaran ditukar,sukatan pelajaran,buku teks ditukar daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah kepada Kurikulum Sepadu Sekolah Menengah.
Matrikulasi merupakan pendidikan pra universiti. Kolej Matrikulasi memberikan tiga pilihan iaitu perubatan, kejuruteraan dan perniagaan. Pendidikan di kolej matrikulasi ini adalah setahun sahaja. Pelajar wajib menyambung pengajian di peringkat sarjana muda kerana pendidikan di kolej matrikulasi ini bukan sijil. Pelajar tidak dapat bekerja di mana-mana tempat sekiranya mereka tidak menyambung pengajian di peringkat sarjana muda. Sedikit sahaja pelajar menyambung pengajian di peringkat perubatan. Kebanyakannya menyambung peringkat kejuruteraan dan perniagaan. Menyebabkan ramai pelajar di kedua-dua bidang ini menganggur kerana terlalu ramai pelajar sains mengambil bidang ini.
Diploma merupakan pendidikan tinggi Malaysia pelajar biasanya menghabiskan pengajian di peringkat ini selama tiga tahun. Diploma merupakan sijil. Pelajar boleh menggunakan sijil diploma untuk bekerja. Pendidikan diploma boleh disambung dengan pendidikan ijazah sarjana muda di mana-mana unit pengajian tinggi di Malaysia.
Universiti Awam ialah universiti yang dibiayai oleh Kerajaan. Universiti-universiti ini menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk menyambung pengajian di dalam negara. Selalunya, universiti ini menerima pelajar yang mempunyai keputusan yang cemerlang atau baik. Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan boleh juga menyambung pengajian di peringkat Universiti Swasta.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.