From Wikipedia, the free encyclopedia
Singam II(Bahasa Melayu:Singa 2, Bahasa Inggeris:Lion 2) adalah sebuah filem Tamil yang diarahkan oleh Hari. Filem ini dibintangi oleh Surya yang memainkan peranan watak utama dan Hansika Motwani dengan Anushka Shetty, Vivek dan Santhanam sebagai pelakon watak sampingan. Singam II merupakan sekual kepada filem blockbuster 2010, Singam.Filem ini ditayangkan serentak di seluruh dunia pada 5 Julai 2013 bersama-sama dengan versi Telugu yang bertajuk Yamudu II dengan ulasan yang positif.[1][2] Versi Bahasa Hindi bertajuk, Main Hoon Surya Singham II masuk panggung kemudian pada 2 Ogos. Filem ini berjaya mengutip AS $ 39 juta dari tayangan seluruh dunia dan sekali gus menjadikannya filem tamil ketiga tertinggi yang berjaya meraih kutipan pecah panggung tertinggi sepanjang masa, di belakang Enthiran dan Dasavathaaram.[3][4] Filem ini juga filem Tamil yang paling berjaya bagi tahun 2013 dan telah diisytiharkan sebagai blockbuster.[5][6]
Singam II | |
---|---|
Pengarah | Hari |
Penulis | Hari |
Dihasilkan oleh | S. Lakshman Kumar |
Dibintangi | Surya Anushka Shetty Hansika Motwani Vivek (pelakon) Santhanam |
Sinematografi | Priyan |
Disunting oleh | V. T. Vijayan |
Muzik oleh | Devi Sri Prasad |
Syarikat penerbitan | Prince Pictures |
Diedarkan oleh | K.N.M Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Negara | India |
Bahasa | Tamil |
Bajet | US$13 million |
Pecah panggung | US$37 million |
Duraisingam menyamar dan berkerja sebagai pegawai NCC di sebuah sekolah di Thuthukodi. Dia merasai sesuatu yang tidak kena sedang berlaku di laut dan sekelilig bandar di pinggir pantai. Ada dua penjahat, Bhai dan Thangaraj, yang mengawal jalur pantai dan mereka telah bergabung tangan dengan pengedar dadah antrabangsa, Danny, untuk membanjiri pasaran dengan gula perang. Semantara itu, Sathya, seorang pelajar di sekolah telah jatuh cinta dengan Duraisingam. Tetapi, Duraisingam masih mencintai Kavya dan tidak sabar untuk mengawini Kavya.
Projek ini mempunyai Anushka Shetty dan Hansika Motwani sebagai pelakon wanita utama. [7] . Reprising peranan mereka dari filem asalnya adalah Vivek, Vijayakumar, Nassar, dan Radha Ravi. Pelakon British Danny Sapani memainkan antagonis
Penggambaran filem ini dibuat di Kerala, Tuticorin, Chennai, Hyderabad, Malaysia, Tirunelveli dan Karaikudi.
Singam II | ||||
---|---|---|---|---|
Runut bunyi oleh Devi Sri Prasad | ||||
Dilancarkan pada | 2 June 2013 | |||
Tempat | India | |||
Genre | Feature film soundtrack | |||
Panjang | 166:00 | |||
Bahasa | Tamil | |||
Syarikat | Gemini Audio | |||
Pengedar | 2D Entertainment (en) | |||
Pengarah | Hari (en) | |||
Penerbit | Devi Sri Prasad | |||
Kronologi Devi Sri Prasad | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Devi Sri Prasad, yang juga telah bekerja untuk filem Singam , kembali untuk Singam II, menandakan projek keempat dengan kedua-dua Suriya dan pengarah Hari.Penyanyi Bollywood Baba Sehgal telah merakamkan sebuah lagu dalam filem itu berikutan kejayaan "Kadhal Vandhale" dari filem sebelumya. Runut Bunyi filem ini dikeluarkan pada 2 Jun 2013, sehari selepas pelancarannya pada asalnya dijadualkan. Pelancaran nya di adakan secara besar-besaran dan dihadiri beberapa selebriti terkenal India Selatan
Kesemua seni kata ditulis oleh Viveka.
Track listing | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Singer(s) | Masa | |||||||
1. | "Puriyavillai" | Swetha Mohan | 4:28 | |||||||
2. | "Vaale Vaale" | Shankar Mahadevan | 4:32 | |||||||
3. | "Achchamillai" | Devi Sri Prasad | 3:11 | |||||||
4. | "Singam Dance" | Devi Sri Prasad, Baba Sehgal, Sharmila | 4:19 | |||||||
5. | "Vidhai Pola" | Hariharan | 4:48 | |||||||
6. | "Kannukkulle" | Javed Ali, Priya Himesh, Simon | 4:19 | |||||||
Jumlah masa: 25:37 |
Soundtrack Singam II mendapat sambutan suam dari pengkritik namun ia tetap mengungguli carta lagu untuk beberapa minggu.Lagu Puriyavillai menjadi kegemaran para pengkritik dan orang ramai.
Review | Penarafan |
---|---|
Times of India | |
BehindWoods | |
IndiaGlitz |
Singam 2 masuk pangung pada 26 Jun 2013. Filem ini dikeluarkan pada kira-kira 2400 skrin di seluruh dunia dan 63 daripadanya ialah di Amerika Syarikat.
Singam 2 menerima ulasan bercampur-campur dengan pujian pada watak Durai Singam, yang dibawa oleh Surya dan jalan ceritanya. Tetapi,tempoh filem yang panjang mendapat kritikan negatif dari pengkritif.
Filem ini berjaya memungut AS $ 1.5 juta pada hari pembukaan di Tamil Nadu, Kerala dan Karnataka, manakala versi Telugunya, Yamudu II meraih kutipan sebanyak AS $ 630,000.
Ia menunjukkan prestasi cemerlang dalam pasaran Malaysia, pendapatan sekitar AS $ 1.7 juta dalam tempoh empat minggu.Singam 2 merupakan filem tamil ketiga tertinggi yang berjaya meraih kutipan pecah panggung tertinggi sepanjang masa di Malaysia selapas Enthiran dan Sivaji
Filem ini secara kasar berjaya mengutip US $ 8.4 juta pada hujung minggu pertama menurusi tayangan di seluruh dunia.Jumlah kutipan bersih filem ini di United Kingdom selepas satu bulan ialah AS $ 17.9 juta
Sekual bagi filem ini, S3 akan masuk panggung semasa Deepavali 2016.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.