petempatan manusia di Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Simpang Empat atau Simpang Ampat merupakan sebuah pekan yang terletak di Perlis, Malaysia.
Asal nama Simpang Empat dirujuk kepada pertemuan silang parit dari Sungai Sanglang, Kampung Sanglang, Kedah ke Sungai Perlis dan Sungai Arau yang mengalir ke Kuala Sungai Baru. Parit ini dibuat untuk menyalirkan air supaya padi tidak ditenggelami banjir dan musim menuai lebih kering. Oleh kerana tiada jalan raya semasa itu, sungai telah menjadi laluan bot tambang. Simpang Empat ialah persimpangan anak sungai dan parit tersebut tumbuh sebagai pusat perniagaan pasar sehari, atau "nat" dalam bahasa samsam.
Pekan Simpang Empat ini juga dikenali sebagai Simpang Empat Syed Kasim[perlu rujukan], mengambil sempena nama bekas penghulunya, Syed Kasim[perlu rujukan]. Ia juga disebut sebagai Simpang Empat Che Kasim[nyatakan menurut siapa?], terutama di sebelah Kedah.
Zahari bin Bakar ialah bekas ADUN di kawasan ini selama 2 penggal dari 1999 hingga 2008. Beliau pernah dilantik menjadi ahli exco kerajaan negeri Perlis. Bagaimanapun, beliau tewas pada PRU 12.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Simpang Empat, Perlis |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.