Simbol pengelasan badan kapal
rencana senarai Wikimedia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Rencana ini mengenai sistem Tentera Laut A.S., Pengawal Pantai A.S., dan NOAA. Untuk sistem yang sama digunakan Tentera Kanada, sila lihat Simbol pengelasan badan kapal (Kanada).
Tentera Laut Amerika Syarikat, Pengawal Pantai Amerika Syarikat, dan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA) menggunakan simbol pengelasan badan kapal (kadangkala dipanggil kod badan kapal atau nombor badan kapal) untuk mengenal pasti kapal mereka mengikut jenis dan mengikut individu kapal didalam sesuatu jenis. Sistem ini serupa dengan sistem nombor pennant yang digunakan oleh Royal Navy dan tentera-tentera laut Eropah dan Komanwel yang lain.