Siklon tropika
sistem ribut yang dicirikan oleh peredaran tertutup di sekitar pusat tekanan rendah dan menghasilkan angin kencang dan hujan yang lebat / From Wikipedia, the free encyclopedia
Siklon tropika ialah sistem ribut berputar dengan pantas yang dicirikan oleh pusat tekanan rendah, peredaran atmosfera tahap rendah tertutup, angin yang kuat serta susunan pilin ribut petir yang menghasilkan hujan lebat dan badai. Bergantung pada lokasi dan kekuatan, suatu siklon tropika dirujuk dengan nama yang berlainan termasuklah hurikan, taufan, ribut tropika, ribut siklon, lekukan tropika atau kadang kala siklon sahaja.