Manga shōjo
manga yang dikhususkan untuk pembaca remaja wanita / From Wikipedia, the free encyclopedia
Shōjo, shojo, atau manga shoujo (少女漫画code: ja is deprecated , shōjo manga) merupakan sebuah manga yang mensasar pembaca perempuan remaja. Nama bahasa Jepun yang dirumikan 少女 (shōjo), secara harfiah bermaksud "perempuan muda". Manga shōjomerangkumi pelbagai subjek dalam pelbagai gaya naratif, daripada drama zaman bersejarah sehingga fiksyen sains, tetapi selalunya dengan memberi tumpuan kepada hubungan romantis atau emosi.[1] Sebenarnya, manga shōjo tidak terdiri daripada gaya atau genre, tetapi sebaliknya menunjukkan satu sasaran demografi.[2][3] Contoh-contohnya termasuk Ao Haru Ride, Candy Candy, Kimi ni Todoke, Boys Over Flowers, Vampire Knight, Maid Sama!, Ouran High School Host Club, Skip Beat, Wolf Girl and Black Prince, Kamisama Hajimemashita , My Little Monster, Fruits Basket, Fushigi Yuugi, Yamato Nadeshiko Shichihenge, Princess Ai, Revolutionary Girl Utena, Lovely Complex, Sailor Moon, Shugo Chara!, Paradise Kiss, Rose of Versailles, Special A, Itazura na Kiss, We Were There, Cardcaptor Sakura, dan Peach Girl.