From Wikipedia, the free encyclopedia
Shriya Saran (Hindi: श्रिया / श्रेया सरन ;dilahirkan pada 11 September 1982)[1] juga dikenali sebagai Shriya, merupakan seorang pelakon di India. Selepas debut beliau dalam filem Ishtam, beliau mula mendapat perhatian dalam dunia perfileman pada tahun 2002 selepas pelancaran filem yang berjudul Santosham dalam peranan bernama Bhanu yang merupakan filem hit yang pertama dilakonnya.[2] Berikutnya, beliau telah berlakon dalam beberapa filem Telugu bersama pelakon-pelakon menonjol, sementara menampilkan diri dalam filem-filem Bollywood serta Kollywood. Pada tahun 2007, beliau telah mendapat kemasyhuran pada tahap global selepas berlakon dalam filem Sivaji: The Boss bersama Rajinikanth.[3] (yang memecahkan beberapa rekod kutipan pawagam pada masa tersebut), berikutnya beliau telah berlakon dalam sebuah filem Hollywood serta beberapa filem hindi dan filem tamil.
Shriya Saran | |
---|---|
Kelahiran | Shriya Saran 11 September 1982 |
Nama lain | Shriya, Shreya |
Pekerjaan | Pelakon, peragawati, dermawan |
Tahun aktif | 2001–kini |
Laman web rasmi | shriyasaran |
Saran terutama dalam peranan utama dalam quality anggaran dan filem studio besar, dari komedi romantis dan drama untuk fiksyen sains dan thriller aksi. Berikut daripada sukses komersial filem Santhosham (2002),[4] Tagore (2003),[5] Sivaji: The Boss (2007),[6][7], Chatrapathi (2005)[8][9] dimana beliau telah dicalonkan untuk Filmfare Pelakon Aktress Terbaik untuk telugu dan Kanthaswamy (2009)[10][11][12] ia menetapkan dirinya sebagai salah satu pelakon terkemuka dalam industri filem India Selatan.[13] Selain daripada filem-filem tersebut, filem box office besar yang didirikan kerjayanya adalah Nuvve Nuvve (2002),[14][15] Nenunnanu (2003),[16][17][18] dan Don Seenu (2010) dalam Telugu, Thiruvilayadal Arambam (2006),[19][20] Azhagiya Tamil Magan (2007)[21][22] and Kutty (2010)[23][24] dalam Tamil, Awaarapan (2007)[25] dimana beliau telah dicalonkan untuk Filmfare Pelakon Baru dan Mission Istaanbul (2008)[26] dalam Hindi dan Pokkiri Raja (2010) yang merupakan filem pertamanya[27][28][29] dalam Malayalam.
Beliau telah dilahirkan di Dehdarun, Uttarakhand di India pada 11 September 1982 sebagai anak kedua dalam dua adik-beradik kelahiran kepada pasangan Pushpendra Saran dan Neeraja Saran. Bapanya bekerja di Bharat Heavy Electricals Limited yang merupakan daya yang kedua belas pengeluar peralatan yang terbesar di dunia.[30] Ibunya pula merupakan guru matapelajaran Kimia di Sekolah Awam Delhi di Haridwar dimana Saran menamatkan pelajaran awalnya.[31] Beliau juga mempunyai seorang abang bernama Abhiroop Saran yang mula mendirikan rumahtangganya pada tahun 2006 serta mempunyai anak bernama Dhruv Saran. Saran menyambung pelajarannya di Kolej Lady Shri Ram Untuk Perempuan di Delhi dan mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam sastera.[32] Beliau terlatih dalam tarian Kathak[32] seterusnya beliau juga terlatih dalam tarian klasikal India seperti Bharata Natyam dan Kuchipudi.[33] Beliau mempelajari tarian kathak melalui gurunya, Padma Shri Shovana Narayan.[34]
Semasa belajar tahun kedua di LSR College di Delhi, beliau mendapat peluang muncul di hadapan kamera untuk video muzik yang berjudul Tirakthi Kyon Hawa yang diarah oleh Renu Nathan. Selepas pengeluaran video tersebut, beliau diminta berlakon dalam filem Telugu yang bernama Ishtam yang diarah oleh Raj Kumar dan Vikram Kumar serta dilakonkan oleh Charan, keempat-empat mereka termasuklah Saran merupakan pendatang baru bagi dunia perfileman.[35] Beliau berlakon dalam peranan Neha serta mendapat pujian daripada pelbagai pihak untuk berlakon secara lincah seperti artis yang berpengalaman.[36][37] Walaupun filem itu berjaya secara kritis namun filem tersebut gagal di box office.[32]
Pada tahun 2002, beliau telah berlakon dalam filem Santhosham yang diarahkan oleh Dasaradh. Beliau berlakon bersama Nagarjuna, Prabhu Deva dan Gracy Singh dalam peranan Bhanu. Filem tersebut telah menjadikan Saran salah satu aktress yang paling terkemuka dalam dunia perfileman Telugu[38] seterusnya membawa pelbagai pujian kepada beliau atas usahanya berlakon dengan cemerlang dalam filem tersebut.[39] Filem ini ternyata sukses komersial tinggi serta merayakan tayangan 100 hari di pawagam.[40] Pada tahun yang sama beliau telah berlakon dalam filem Chennakeshava Reddy bersama-sama dengan Balakrishna, Tabu dan Devayani dimana Saran berlakon dalam peranan Preethi. Para pengritik berasa peranan Saran kurang penting walaupun beliau telah melakonkan watak tersebut dengan baik,[41] malah filem itu sendiri tidak dapat membuat kutipan pawagam pada tahap cemerlang seterusnya menjadi filem sederhana di box office.[15] Berikutnya beliau berlakon dalam filem Nuvve Nuvve yang menjadi hit di box office[15] seterusnya memberikan pelbagai pujian untuk beliau."[42][43] Saran berlakon dalam peranan Anjali yang merupakan anak kepada Vishvanath yang dilakonkan oleh Prakashraj serta mempunyai kekasih yang bernama Rishi yang dilakonkan oleh Tarun.
Pada tahun 2003, Saran telah membuat debutnya dalam dunia perfileman Bollywood melalui filem Tujhe Meri Kasam bersama Ritesh Deshmukh dan Genelia D'Souza,[44] yang merupakan filem remake Telugu yang berjudul Nuvve Kavali.[45] Buat pertama kalinya beliau melakonkan watak sampingan dimana penanannya tidak berpeluang untuk berkahwin watak utama yang bernama Rishi. Filem tersebut gagal memberikan impak di box office[46] seterusnya para pengritik juga berpendapat bahawa peranannya tidak penting bagi filem ini.[47]
Selepas filem pertama di bollywoodnya gagal, Saran sekali lagi mula memberikan lebih perhatian kepada kerjayanya di India Selatan. Beliau diberikan peluang untuk berlakon bersama Uday Kiran dalm filem Telugu yang berjudul Neeku Nenu Naaku Nuvvu dimana Saran berlakon dalam peranan Mahalakshmi. Filem tersebut juga gagal dalam box office tetapi peranannya membawa penghargaan daripada pelbagai pihak.[48][49] Seterusnya beliau buat pertama kalinya berlakon bersama Chiranjeevi yang merupakan pelakon yang paling ternama dalam dunia perfileman Telugu dalam filem Tagore yang merupakan remake daripada filem Tamil yang berjudul Ramana. Filem tersebut dapat memberikan impak besar di box office[50] serta memecahkan beberapa rekod kutipan pawagam sebaik sahaja mula tayangannya sehingga menjadi antara filem yang meraih kutipan kasar tertinggi sepanjang zaman dalam Telugu[51] walaupun peranannya tidak begitu penting dalam filem tersebut. Selain itu, beliau juga berlakon dalam filem Telugu yang berjudul Ela Cheppanu bersama Tarun sekali lagi selepas filem Nuvve Nuvve dimana beiau mendapat penghargaan daripada pelbagai pihak untuk melakonkan peranannya dengan cemerlang,[52] tetapi filem tersebut telah gagai dalam box office.
Pada tahun yang sama beliau telah berlakon dalam filem Tamil buat pertama kalinya[53] yang berjudul Ennakku 20 Unnakku 18 bersama Tarun dan Trisha[54] dimana beliau telah berlakon dalam peranan Reshma yang merupakan kawan kepada watak utama Sridhar yang dilakonkan oleh Tarun, yang mencintai Preeti yang dilakon oleh Trisha. Walaupun muzik A. R. Rahman berjaya secara sederhana tetapi filem tersebut juga gagal di box office seterusnya gagal mendapatkan peluang untuk meneruskan kerjayanya dalam dunia perfileman Tamil.
Selepas mencapai kejayaan dalam kerjayanya di India Selatan, beliau sekali lagi memberi tumpuan kepada filem Bollywood dimana beliau berlakon dalam watak penting untuk pertama kalinya dalam filem Bollywoodnya yang bertajuk Thoda Tum Badlo Thoda Hum yang merupakan remake daripada filem Telugu yang berjudul Anandam bersama Arya Babbar yang di terbit oleh Ramoji Rao. Beliau berlakon dalam peranan Rani dimana Taran Adarsh seorang pengritik profesional daripada Bollywood Hungama berpendapat bahawa "Shriya Saran merupakan pelakon yang profesional serta meninggalkan kesan yang mendalam".[55] Selain itu, beliau juga berlakon dalam filem Bollywood yang berjudul Shukriya: Till Death Do Us Apart bersama Aftab Shivdasani, Anupam Kher dan Rati Agnihotri,[56] dimana Saran berlakon dalam peranan Sanam K. Jindal serta mendapat pujian daripada pelbagai pihak.[57] Walaubagaimanapun, kedua-dua filem tersebut gagal di box office serta memusnahkan impian Saran untuk meneruskan kerjayanya dalam filem Bollywood.[58]
Seterusnya, beliau masih meneruskan perlakonannya dalam filem Telugu. Berikutan dalam tahun tersebut beliau berlakon dalam dua filem Telugu bersama Nagarjuna dan Mahesh Babu yang merupakan antara pelakon yang terhandal dalam dunia perfileman Telugu. Beliau berlakon dengan Nagarjuna dalam filem Nenunna dimana beliau melakonkan watak utama yang bernama Anu. Selain daripada Saran, Arthi Agarwal yang merupakan pelakon wanita yang terkaya dalam dunia perfileman Telugu juga berlakon dalam filem tersebut dalam watak sampingan.[59] Beliau mendapatkan pujian daripada kritik kerana dapat berlakon dalam watak yang berasal daripada keluarga sederhana serta memberikan kesan yang mendalam kepada para penonton.[60][61] Filem tersebut menjadi blockbuster di box office[18] serta ditempatkan dalam Anugerah Yuva Kala Vahini Top 10 Film 2004.[62] Seterusnya, beliau berlakon dalam filem Arjun bersama Mahesh Babu, Keerthi Reddy dan Raja yang diarah oleh Gunashekar. Filem tersebut terkenal dengan set Kuil Sri Meenakshi yang dibina dalam jumlah kos ₹ 40 Juta yang direka oleh Padmashri Thotta Tharani.[63] Saran memainkan peranan Roopa dimana para pengritik berpendapat bahawa peranannya kurang penting berbanding Keerthi Reddy yang berlakon dalam watak sampingan yang berperanan kakak kepada protagonis filem tersebut walaupun beliau berlakon dengan cemerlang.[64] Walaupun filem tersebut dapat kutipan pawagam yang tinggi namun jumlah kutipan tersebut tidak capai jumlah bajet filem tersebut, seterusnya menjadi filem sederhana.[18]
Menang
Pencalonan
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.