From Wikipedia, the free encyclopedia
Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal (Tulisan Jawi: محمد شافعي بن اڤضل), S.P.D.K., S.P.M.P., P.G.D.K., D.S.A.P., D.M.S.M., J.P. (lahir 20 Oktober 1957) ialah Ketua Menteri Sabah ke-15 mulai 12 Mei 2018 hingga 25 September 2020 sehubungan dengan kejatuhan Parti Warisan di Sabah pada Pilihanraya Sabah 2020. Beliau juga merupakan bekas ahli Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) dari tahun 1983 sehingga tahun 1995.[2] Beliau juga pernah menjawat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia pada tahun 2009-2015.[3] Beliau merupakan Mantan Naib Presiden UMNO dan juga pengasas serta Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang telah menjadi kerajaan Sabah pada tahun 2018 - 2020.
Beliau berketurunan Bajau Dari Etnik Kubang daerah Semporna.[4] Dato' Seri Mohd Shafie telah mendapat pelajaran menengah di Victoria Institution,Kuala Lumpur. memperoleh Diploma dalam Pengurusan dan dalam Perkapalan dari Kolej Perniagaan London, dan Ijazah Sarjana Muda dalam Ekonomi dengan Kepujian daripada Politeknik Staffordshire Utara (sejak 1992, Universiti Staffordshire) di England.[5]
Setelah menghabiskan kursusnya di England, Mohd Shafie kembali ke Malaysia dan memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Ahli Ekonomi dalam Kementerian Kewangan Negeri Sabah pada tahun 1982. Pada tahun 1984, beliau berpindah ke Jabatan Ketua Menteri Negeri Sabah untuk memegang jawatan Pegawai Pentadbir Kanan. Beliau kemudian berpindah ke Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Luar Bandar Sabah pada tahun 1987 untuk menyandang jawatan Penolong Setiausaha Kanan, Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Luar Bandar Sabah, dan dari tahun 1991 hingga 1993, merupakan Setiausaha Politik kepada Tan Sri Datuk Hj. Sakaran bin Dandai, Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi.
Ketika UMNO mula bertapak di negeri itu, beliau telah menyertai parti itu dan terpilih sebagai Exco Pemuda UMNO bagi penggal 1993/1996 setelah mendapat tempat ke-12 dengan jumlah 198 undi. Pada tahun 1995 beliau telah dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Semporna dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sabah. Mohd Shafie menyandang jawatan Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan antara 15 Mei 1995 dan 24 Mei 1999. Beliau menjadi Ahli Parlimen Kawasan Semporna, Sabah pada tahun 1995 dan berjaya mengekalkan kerusi parlimen sehingga kini (2006). Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 25 Mei 1999 dan kemudian berpindah ke Kementerian Pertahanan untuk menyandang jawatan Timbalan Menteri antara 14 Disember 1999 dan 29 Mac 2004. Antara tahun 2000 dan 2003, Mohd Shafie juga menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO.[6]
Mohd Shafie dilantik menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia pada 30 Mac 2004, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kemudian diberikan pula portfolio Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Pada 28 Julai 2015, Shafie dialihkan dalam rombakan kabinet oleh Najib dengan kehilangan portfolio pembangunan luar bandar dan wilayahnya.[7] Berikutan itu, beliau membentuk parti pembangkang baru yang dikenali sebagai WARISAN yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 17 Oktober 2016.[8][9]
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Mohd Shafie bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional/UMNO . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Semporna, negeri Sabah. Mohd Shafie Bin Apdal telah menang dengan mendapat undi sebanyak 19,419.
Calon lawan ialah Ab Azis bin Ab Hamid dari PKR mendapat 1,957 undi dan hilang wang deposit. Peratus pengundi yang keluar ialah 63.%. Undi rosak sebanyak 832.
Mohd Shafie terpilih Naib Presiden UMNO bersama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Perhimpunan Agung UMNO 2009 telah diadakan pada 28 Mac 2009. Wakil dari Sabah seperti Datuk Bung Mokhtar Radin,Datuk Seri Musa Aman dan Rosnah Rashid Shirlin turut terpilih dalam perhimpunan itu bagi memulihkan UMNO setelah dikejutkan dengan tsunami politik 2008.
Pada tahun 2016, beliau telah meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden UMNO dan kemudiannya menubuhkan Parti Warisan Sabah.
Pada tahun 2012 Mohd Shafie telah dituduh mengadakan hubungan dengan seorang artis Malaysia bernama Zahida Rafik. Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin telah menggambarkan bahawa Zahida telah menerima pembayaran sebanyak RM 1.5 juta dari Shafie. Shafie lalu bertindak menyaman Zuraida namun gagal menyaman atas kenyataan Zuraida yang mempunyai bukti yang kukuh serta gambaran yang jelas. Tiada tindakan susulan telah dilakukan Shafie selepas kejadian berkenaan.[10]
Beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Seri Shuryani binti Shuaib dan dikurniakan 6 anak.[11]
Anaknya Sabrina Mohd Shafie dipilih sebagai penerima Anugerah Naib Canselor pada Istiadat Konvokesyen ke-70 Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 27 Mei 2009. Dia menerima diploma dalam bidang Pengajian Perniagaan di UiTM Lendu, Melaka dengan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 3.84.[12]
Tahun | Kerajaan | Undi | Pct | Pembangkang | Undi | Pct | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1995 | Shafie Apdal (UMNO) | 17,006 | 78% | Sabardin Ombrah (PBS) | 4,788 | 21% | ||
1999 | Shafie Apdal (UMNO) | 18,570 | 77% | Abdul Rahim (Bebas) | 5,245 | 22% | ||
2004 | Shafie Apdal (UMNO) | 13,790 | 76% | Madjalis Lais (Bebas) | 1,704 | 10% | ||
2008 | Shafie Apdal (UMNO) | 19,419 | 90% | Abd Azis Abd Hamid (PKR) | 1,957 | 10% | ||
2013 | Shafie Apdal (UMNO) | 25,559 | 83% | Zamree @ Mohd Suffian Abdul Habi (PKR) | 4,654 | 15% | ||
2018 | Shafie Apdal (WARISAN) | 26,809 | 80.2% | Ramlee Marhaban (UMNO) | 6,135 | 18.4% | ||
Catatan: Jadual tidak termasuk undi untuk calon yang selesai di tempat ketiga atau lebih rendah. 2 % Yang digunakan untuk pilihan raya 2018. |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.