Sekolah Menengah Islam Darul Ulum
sekolah persendirian Islam di Kedah, Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Sekolah Menengah Islam Darul Ulum (SMIDU) ialah sebuah Sekolah Agama Rakyat yang terletak di sempadan Pokok Sena dan Kuala Nerang, Kedah. Bersama dengan Kolej Islam Darul Ulum (KIDU), kedua-dua gabungan ini dinamakan sebagai Muassasah Darul Ulum. Sekolah ini diasaskan oleh Dato' Haji Fadzil Mohd Noor, bekas Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Fakta Segera Lokasi, Maklumat ...
Sekolah Menengah Islam Darul Ulum | |
---|---|
Lokasi | |
KM23 Jalan Kuala Nerang 06300 Kuala Nerang, Kedah Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Agama Rakyat |
Moto | "Ke Arah Melahirkan Ulama' 'Amilin Pewaris Anbiya" |
Ditubuhkan | 1992 |
Nombor sekolah | +604-7824454 |
Pengetua | Ustaz Abdullah bin Hj. Ramli |
Laman sesawang | smidu.com |
Tutup
Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1992 di bawah pentadbiran Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah di atas nama Markas Tarbiah Watta’lim. Kemudian pada 1998, nama sekolah ini dengan rasminya ditukar kepada nama sekarang, Sekolah Menengah Islam Darul Ulum.