Sejarah Cuba
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sejarah Cuba bermula apabila Christopher Columbus tiba di pulau ini pada tahun 1492. Pada tahun 1511, Diego Velazquez dari Sepanyol telah membawa anak kapalnya untuk menjajah Cuba dengan masa yang singkat. Penjajahan Sepanyol di pulau ini berpanjangan sehingga kapal perang Amerika Syarikat, USS Maine telah diletupkan di pelabuhan Havana tanpa mengetahui apa puncanya. Tanpa berfikir panjang, Amerika Syarikat menyalahkan Sepanyol di atas kejadian ini.
Perang Sepanyol-Amerika bermula. Amerika Syarikat telah berjaya mengalahkan Sepanyol dengan menawan Filipina, Cuba, Puerto Rico dan kepulauan lain. Amerika Syarikat telah campur tangan dalam hal pentadbiran negara Cuba. Semasa Jeneral Fulgencio Batista menjadi presiden, hubungan diantara Cuba dan Amerika Syarikat menjadi lebih rapat dalam hal perdagangan dan ekonomi. Pada 26 Julai 1953, Fidel Castro telah mengasaskan Pergerakan 26 Julai di Mexico bersama dengan Che Guevara dan Raul Castro untuk memulakan Revolusi Cuba dengan menentang kerajaan Batista.
Pada 1 Januari 1959, revolusi ini berakhir apabila Batista melarikan diri ke Republik Dominika sebelum berpindah ke Portugal dan Sepanyol. Selepas revolusi, Castro telah mengisytiharkan negara sosialis. Oleh sebab itu, Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi terhadap Cuba di atas perbuatan Castro itu. Namun, Castro menjalinkan hubungan dengan Kesatuan Soviet. Beberapa tahun kemudian, Soviet ingin meletakkan peluru berpandu di Cuba, takut dengan penjajahan Amerika Syarikat, Castro menerima cadangan itu. Dalam perjalanan membawa peluru berpandu, kapal terbang milik tentera udara Amerika Syarikat telah mengesan dari jauh kapal perang Soviet yang membawa ke Cuba. Lalu, mencetus krisis peluru berpandu Cuba. Namun, keadaan kembali tenang apabila Soviet menarik balik peluru berpandu dengan janji Amerika Syarikat tidak akan menjajah Cuba melalui surat-menyurat dan telekomunikasi.
Pada tahun 1991, kejatuhan Kesatuan Soviet telah menyebabkan Cuba mengalami kemelesetan ekonomi. Cuba mencari jalan untuk membuka pintu perlancongan untuk pelancong luar datang ke negara mereka. Keadaan ini dipanggil Tempoh Khas. Pada awal abad ke-21, Amerika Syarikat telah melonggarkan sekatan ekonominya dengan menjual beberapa buatan dari negara besar itu. Keadaan ini akan memulihkan ekonomi Cuba pada masa hadapan.