From Wikipedia, the free encyclopedia
Sebiumeker ialah seorang dewa besar hal memperanakkan dan kesuburan dalam mitologi Nubia yang dahulu dipuja di Meroe, Kush, di Sudan masa kini. Dia kadangkala dianggap sebagai penjaga pintu gerbang kerana patung-patungnya kadang-kadang ditempatkan berhampiran pintu. Dia ada banyak persamaan dengan Atum tetapi mempunyai ciri-ciri Nubia, dan juga dianggap sebagai dewa pertanian.
Sebiumeker | |
---|---|
Pusat kultus utama | Meroe, Kush |
Maklumat peribadi | |
Adik-beradik | Arensnuphis ? |
Nama Meroitiknya mungkin Sabomakal, yang menjadi Sebiumeker dalam bahasa Mesir purba.[1]
Sebiumeker ialah dewa besar hal memperanakkan dan kesuburan di Meroe, Kush (Sudan masa kini).[2][3]
Dia digelar Dewa Musawwarat, sebuah bandar dan tapak arkeologi. Patung-patungnya sering dijumpai berhampiran pintu di tapak arkeologi Tabo dan Musawwarat es-Sufra, Nubia,[4] jadi mungkin dia seorang dewa penjaga.[2] Tetapi tafsiran lain percaya dia mewakili transformasi, itulah sebab dia diletakkan di pintu-pintu kuil.[2]
Walaupun sememangnya seorang dewa Nubia, dia mempunyai banyak simbol dan legenda Mesir.[5]
Temannya (atau mungkin abang) ialah Arensnuphis.[5] Hubungannya dengan Arensnuphis ini serupa dengan hubungan dengan Set dan Osiris.[5]
Dia memakai sebuah mahkota berganda, janggut dan ureus dan mempunyai telinga yang besar, tanda yang dia seseorang yang penting. Dengan mahkota berganda, janggut palsu, kain sarung dan tunik,[5] dia menyerupai Atum.[2][6][7]
Sebuah bepala daripada batu pasir tanpa tulisan berada di Meroe. Ia juga mempunyai mahkota berganda dengan ureus. Ia mempunyai beberapa ciri yang nampak seperti ciri Mesir tetapi juga mempunyai permukaan yang tidak dimodelkan seperti gaya Nubia.[8]
Dia salah seorang dewa dalam senario Gifts of the Nile dalam permainan video strategi Civilization VI.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.