Schitt's Creek
From Wikipedia, the free encyclopedia
Schitt's Creek (diolah sebagai Schitt$ Creek) merupakan sitkom televisyen Kanada yang dicipta oleh Eugene Levy dan anaknya, Daniel Levy, yang mula ditayangkan pada 13 Januari 2015 menerusi CBC Television. Siri ini ditayangkan di Amerika Syarikat menerusi saluran Pop (sebelum ini dikenali sebagai TV Guide Network).[1] Siri ini dikeluarkan oleh Not a Real Company Productions.[2] Pada 12 Januari 2015, CBS telah memperbaharui musim kedua siri ini [3][4] dan saluran Pop pula mengumumkan akan meneruskan siaran musim kedua pada 17 Mac 2015.[5]
Schitt's Creek | |
---|---|
Genre | Sitkom |
Pencipta |
|
Dibintangi oleh |
|
Negara asal | Kanada |
Bahasa | Inggeris |
Bilangan musim | 3 |
Bilangan episod | 39 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Colin Brunton |
Tempoh siaran | 22 min |
Syarikat penerbitan | Not a Real Company Productions |
Syarikat pengedaran | ITV Studios Global Entertainment |
Penyiaran | |
Saluran asal | CBC TelevisionTelevisyen definisi tinggi |
Siaran asal | 13 Januari 2015 (2015-01-13) – kini (kini) |
Pautan luar | |
Schitt'$ Creek |
Musim kedua telah keudara pada 12 Januari 2016 menerusi CBC dan 16 Mac 2016 menerusi Pop.[6][7]
Pada 17 Februari 2016, CBC mengumumkan pembaharuan musim ketiga[8] dan pada 3 Mac 2016, Pop mengumumkan akan terus menyiarkan siri ini pada musim ketiga. Musim ketiga keudara menerusi CBC pada 10 Januari 2017 dan 11 Januari 2017 pula oleh Pop. [9]
Pada 10 Mac 2017, kedua-dua saluran mengumumkan akan meneruskan siri ini untuk musim keempat. [10]