From Wikipedia, the free encyclopedia
Sayang Tak Dikenang ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Mohd Feroz Abd Kader, dibintangi oleh Fadlan Hazim, Ruhainies dan Ezzanie Jasny. Siri ini memulakan tayangan perdana di TV3 Slot Akasia bermula 4 Mac 2022 menggantikan 3 Nota Cinta.
Sayang Tak Dikenang | |
---|---|
Genre | Dendam Melodrama Psikopat |
Berdasarkan daripada | Adaptasi novel Sayang Tak Dikenang karya Wazrul Shah |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Feroz Kader |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Kisah Hati Lara" oleh Naqiu Boboy |
Lagu penutup | "Kisah Hati Lara" oleh Naqiu Boboy |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 28 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Basree Rakijan |
Penerbit | Feroz Kader Jan Mohd Amin Farisha Jan Farish Emir |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | FJ Pictures Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Akasia) Disney+ Hotstar |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 4 Mac 2022 – 31 Mac 2022 |
Status | Tamat |
Kronologi | |
Mengikuti | 3 Nota Cinta |
Diikuti oleh | Harith Fayyadh |
Mengisahkan Ayu Izhani (Ruhainies) dan Hattin Isabella (Ezzanie Jasny), dua pupu yang bersahabat baik walaupun keluarga mereka tidak rapat. Mereka belajar di kolej yang sama. Setelah mendapat kerja, mereka tinggal di rumah sewa yang sama.
Ayu dan Hattin berkenalan dengan lelaki yang sama tetapi nama yang berbeza. Raqib Tafzani (Fadlan Hazim) memperkenalkan dirinya sebagai Raqib kepada Ayu manakala Hattin mengenalinya sebagai Tafzani. Ayu mula terbuka hati untuk menerima Raqib yang rajin melayan keluarganya. Ibu Ayu mendesak Ayu supaya menerima Raqib sebagai suami.
Hattin mendapat berita bahawa tunangnya, Omar curang dengan perempuan lain. Lebih teruk, Omar bertukar menjadi panas baran dan bersikap kasar dengan Hattin. Hattin merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan Ayu. Tafzani cuba menggoda Hattin selepas mendapat tahu dia telah putus tunang. Hattin mula dibuai dengan perasaan bahagia ketika bersama dengan Tafzani.
Raqib ingin membatalkan perkahwinan dengan Ayu tetapi majlis terpaksa diteruskan apabila keluarga Raqib yang menetap di luar negara telah sampai di Malaysia. Di majlis perkahwinan itu, Hattin terkejut melihat Tafzani adalah suami kepada Ayu. Lantas, Hattin terus meninggalkan majlis tersebut. Selepas berkahwin, sikap Raqib berubah dari seorang penyayang menjadi suami yang dingin kepada Ayu. Raqib tidak menyentuh Ayu dan mula menunjukkan kebencian.
Pada masa yang sama, Raqib masih tidak berputus asa untuk memikat hati Hattin. Selepas mengetahui tentang kisah silam keluarga mereka, Hattin mengambil kesempatan ini untuk menyakitkan hati Ayu kerana mahu membalas dendam untuk neneknya.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.