From Wikipedia, the free encyclopedia
Sastera Melayu Klasik, juga dikenali sebagai Sastera Melayu Tradisional, Kesusasteraan Melayu Klasik dan Kesusasteraan Klasik, merujuk kepada kesusasteraan berbahasa Melayu dari Alam Melayu, yang terdiri daripada kawasan yang kini sebahagian daripada Brunei, Singapura, Malaysia, dan Indonesia; karya dari negara seperti Filipina dan Sri Lanka juga telah dimasukkan. Ia menunjukkan pengaruh yang besar daripada kesusasteraan India (seperti dalam kisah Ramayana dan Mahabharata) serta kesusasteraan Arab dan Islam (termasuk kisah nabi Muhammad dan para sahabatnya). Istilah ini menunjukkan pelbagai karya, termasuk hikayat, puisi (dalam dua bentuk utama, syair dan pantun), sejarah, dan karya undang-undang.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.