Sari kata
terjemahan dialog dalam filem / From Wikipedia, the free encyclopedia
Sari kata (Jawi: ساري کاتcode: ms is deprecated ) (bahasa Inggeris: Subtitlecode: en is deprecated ) ialah penyampaian dialog dalam bentuk teks ke dalam filem dan rancangan televisyen yang biasanya dipaparkan di bahagian bawah skrin kandungan ditonton. Sari kata boleh bertindak sebagai suatu bentuk terjemahan bertulis bagi bahan yang berdialog bahasa asing atau pemaparan dialog yang sama bahasa dengan sedikit maklumat tambahan untuk membantu penonton yang kurang upaya pendengaran mengikuti dialognya.
Adakalanya di festival filem, sari kata boleh dipaparkan di paparan berasingan di bawah layar untuk menjimatkan kos penghasilan salinan bersari kata semata-mata untuk tayangan sekali. Sari kata televisyen untuk golongan kurang upaya pendengaran dipanggil penyarikataan tertutup (closed captioning).