Dutch field hockey player From Wikipedia, the free encyclopedia
Sander Baart (lahir 30 April 1988 di Edegem) adalah Pemain hoki Belanda keturunan Belgium. Beliau mula bermain pada usia 6 tahun di R. Antwerp H.C di Belgium dan pada musim terakhirnya bersama mereka pada tahun 2007, mereka memenangi gelaran kebangsaan Belgium. Sehingga musim 2007-2008 dia bermain untuk kelab Belanda Oranje-Zwart. Pada tahun 2014 beliau juga memenangi gelaran kebangsaan Belanda dengan kelabnya. Sebagai pemain remaja dia bermain untuk pasukan kebangsaan bawah 16 tahun Belgium dan memenangi gelaran Eropah dengan mereka. Kemudian dia beralih ke pasukan kebangsaan Belanda dan memenangi pingat perak dan emas Eropah untuk pasukan kebangsaan bawah 21 tahun Belanda dan pingat perak di Kejohanan Piala Dunia Remaja (B21). Dia bermain perlawanan rasmi pertamanya untuk pasukan lelaki negara Belanda pada tahun 2007 menentang Korea Selatan. Pada Sukan Olimpik 2012, beliau bertanding bagi pasukan kebangsaan di kejohanan lelaki. Beliau mewakili Uttar Pradesh Wizards di Liga Hoki India. [1]
Maklumat peribadi | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Lahir | 30 April 1988 36) Edegem, Belgium | (age|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Rekod pingat
|
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.