SS-Oberst-Gruppenführer
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
SS-Oberst-Gruppenführer ataupun SS-Oberstgruppenführer ialah (dari tahun 1942 hingga 1945) pangkat pegawai tertinggi SS kecuali Reichsführer-SS, yang merupakan pangkat khas Heinrich Himmler. Pangkat ini diterjemahkan sebagai "Pemimpin tertinggi ketumbukan" dan terjemahan alternatifnya sebagai "Pemimpin kumpulan terbesar". Secara tepat pangkat itu di eja Oberst-Gruppenführer bagi mengelakkan kekeliruan dengan pangkat Obergruppenführer yang lebih rendah.
Kolonel Jeneral SS SS-Oberstgruppenführer | |||||||
| |||||||
Negara | Jerman Nazi | ||||||
Cabang perkhidmatan | Schutzstaffel | ||||||
Pangkat | Empat bintang | ||||||
Singkatan | Oberstgruf | ||||||
Diperkenalkan | 1942 | ||||||
Dimansuhkan | 1945 | ||||||
Kod NATO | OF-9 | ||||||
Pangkat tinggi seterusnya | |||||||
Pangkat rendah seterusnya | |||||||
Persamaan pangkat | Generaloberst | ||||||
Oberst-Gruppenführer dianggap setaraf dengan Kolonel Jeneral (Generaloberst) dalam Wehrmacht, yang secara umumnya dilihat sebagai setaraf dengan pangkat empat bintang atau Jeneral dalam angkatan tentera negara lain (sebagai contoh Jeneral Ketumbukan (Soviet).
Pertama kali dicipta pada musim bunga tahun 1942, pangkat Oberst-Gruppenführer telah dipegang oleh empat orang dalam tempoh tiga tahun kewujudannya, yang mana hanya dua orang dari pasukan medan Waffen-SS. Pangkat Oberst-Gruppenführer disimpan asalnya sebagai pangkat Waffen-SS, dengan niat untuk melantik pemegangnya menjadi panglima ketumbukan SS panzer tertentu. Bagaimanapun, perlantikan telah ditangguhkan oleh Staf Am Wehrmacht, yang tidak mahu seorang jeneral SS memegang kuasa yang banyak. Pada bulan April 1942, dua perlantikan yang pertama telah dikeluarkan atas kuasa peribadi Adolf Hitler. Kedua-duanya adalah perlantikan politik dengan yang kedua menjadi kenaikkan pangkat berganda dalam Ordnungspolizei, menjadikan Kurt Daluege seorang Generaloberst der Polizei pada masa yang sama. Pangkat Daluege merupakan satu-satunya kenaikkan pangkat polis untuk posisi ini; kenaikkan pangkat yang lain adalah untuk bendahari parti dan ketua RZM Franz Xaver Schwarz.
Kenaikkan pangkat dua yang terakhir dari kalangan empat Oberst-Gruppenführer telah dibuat pada tahun 1944, kali ini untuk jeneral Waffen-SS. Pangkat Oberst-Gruppenführer hanya pernah dipakai pada pakaian seragam berwarna kelabu kehijauan Waffen-SS atau uniform warna kelabu SS (atau, dalam kes Daluege, uniform polis), dan tidak ada rekod fotografi yang tanda insignia ini pernah dipakai pada pakaian istiadat warna hitam, yang sebahagian besarnya tidak digunakan lagi pada masa pangkat itu dicipta.
Secara keseluruhannya, individu-individu berikut memegang pangkat tertinggi SS:
Pada tahun 1944, Himmler menawarkan Albert Speer pangkat kehormat Oberst-Gruppenführer. Speer menolak, kerana tidak mahu menjadi orang bawahan Himmler. Hermann Goering juga ditawarkan pangkat ini pada tahun 1945, tetapi enggan menerima posisi ini kerana tidak menyukai Himmler. Pengganti Himmler, Karl Hanke, tidak pernah memegang pangkat Oberst-Gruppenführer, tetapi telah dilantik sebagai Reichsführer-SS dari gred yang lebih rendah iaitu Obergruppenführer. Karl Wolff pula mendakwa telahpun dinaikkan ke pangkat ini pada April 1945 oleh arahan peribadi Adolf Hitler; dakwaan Wolff tidak dapat disokong oleh samada keterangan dokumen atau bukti fotografi, yang akhirnya mengekalkan pangkatnya sebagai Obergruppenführer.
Mereka yang memperolehi pangkat Oberst-Gruppenführer juga biasanya diberikan pangkat setaraf jeneral polis atau Waffen-SS. Franz Xaver Schwarz, yang memegang pangkat Ehrenführer (kehormat), adalah satu-satunya pemegang pangkat yang tidak diberikan pangkat bertaraf polis atau Waffen-SS.
Pangkat Oberst-Gruppenführer juga muncul dalam filem fiksyen, dan telah digambarkan dalam novel Robert Harris yang bertajuk Fatherland, berlatarbelakangkan tahun 1960an dalam sejarah bertentangan dimana Jerman telah memenangi Perang Dunia Kedua. Dalam novel ini, Arthur Nebe membuat kemunculan sebagai seorang SS-Oberst-Gruppenführer dengan menyandang jawatan sebagai komander Kriminalpolizei. Tanda insignia bagi Oberst-Gruppenführer juga dipakai oleh Ian McKellen sebagai raja diktator Richard III dalam filem adaptasi permainan, berlatarbelakangkan tahun 1930an di Great Britain.
Pangkat junior Obergruppenführer |
Pangkat SS Oberst-Gruppenführer |
Pangkat senior Reichsführer-SS |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.