S-Bahn
From Wikipedia, the free encyclopedia
S-Bahn adalah sejenis "kereta api laju" di Jerman, Austria dan Switzerland. Namanya merupakan singkatan Jerman: Stadtschnellbahncode: de is deprecated yang bererti "kereta api laju bandar". Secara teknikal, ia merupakan sejenis kereta api biasa dan juga termasuk dalam kategori kereta api pengangkutan awam. Jika dilihat dari segi pengangkutan secara keseluruhan, S-Bahn ini lebih tepat jika dikenali sebagai sistem pengangkutan pinggir bandar selain menawarkan pengangkutan di dalam bandar.
Ia berbeza dari keretapi biasa disebabkan perkara-perkara berikut:
- Mempunyai pelan perjalanan yang selaras dan kekerapan yang tinggi.
- Mempunyai tarif bayaran yang berbeza.
- Perhubungan yang sebuk dengan perhubungan awam yang lain untuk pengguna.
- Kebiasaannya menggunakan gerabak yang istimewa, di mana pertukaran penumpang diambil kira (kuantiti pintu yang banyak dan lebar) dengan kapasiti pengangkutan yang tinggi dan daya pecutan yang kuat.
- Kebiasaannya, platform juga ditinggikan untuk memastikan lantai platform adalah separas dengan lantai gerabak untuk membolehkan pertukaran penumpang dengan pantas tanpa sebarang tangga terlibat.
- Dipisahkan dengan sistem keretapi bandar yang lain untuk memberikan kebolehupayaan yang tinggi dan landasan pinggir bandar.
- Undang-undang yang istimewa merujuk kepada Peraturan pembinaan landasan keretapi dan kilang (Eisenbahn-bau- und Betriebsordnung) semasa pembinaan.