From Wikipedia, the free encyclopedia
Rus Kiev' (Slav Timur Kuno: Рѹ́сь (Rus' ), Рѹ́сьскаѧ землѧ (Rus'skaya zemlya)) merupakan sebuah persekutuan longgar[1] bangsa-bangsa Slav Timur dan Finn di Eropah dari lewat abad ke-9 ke pertengahan abad ke--13,[2] di bawah pemerintahan dinasti Rurik.[2] Negara-negara Belarus, Rusia dan Ukraine mendakwa kawasan ini sebagai leluhur asal budaya mereka.[3]
Rangkumannya yang terhebat pada pertengaha kurun ke-11 dari Laut Baltik di sbeelah utara ke Laut Hitam di sebelah selatannya, serta dari hulu sungai Vistula di sbeelah barat menuju ke Semenanjung Taman di sebelah timurnya.[4][5]
Persekutuan ini runtuh setelah penjajahan orang Mongol ke atasnya pada sekitar tahun 1240-an setelah lemah bertahun-tahun akibat pergelutan dalaman[6] serta terputusnya hubungan perdagangan dengan Kerajaan Byzantine akibat kemunduran Constantinople.[7]
Pada awal abad ke-10, Rus' Kiev berdagang dengan suku-suku kecil lain di serantau Eropah Timur dan Scandinavia. "Tidak perlu struktur sosial yang terlalu rumit bagi menjalankan perniagaan di hutan-hutan utara yang di sempadan selatannya, terdapat hamparan padang rumput yang luas. Selagi peniaga-peniaga berniaga dalam jumlah kecil dan rute utamanya mebembusi rimba-rimba, maka kegiatan mereka tidak mendapat banyak perhatian dari karyawan atau sejarahwan pada masanya." Rus' Kiev juga mempunyai hubungan perniagaan yang kuat dengan Empayar Romawi Timur. Terutamanya pada awal 900-an, seperti yang ditunjukkan pada perjanjian tahun 911 dan 944. Perjanjian-perjanian ini berkenaan dengan pacal Romawi Timur yang melarikan diri dan had ke atas beberapa jumlah komoditi seperti sutera yang boleh dibeli dari Romawi dalam masa tertentu. Rus' Kiev menggunakan rakit balak yang yang bergerak lincah di atas Sungai Dnieper oleh etnik Slav untuk pengangkutan barangan, terutamanya pacal kepada Romawi Timur. [8]
Semasa era Kiev, perdagangan dan pengangkutan banyak bergantung pada rangkaian sungai dan dermaga-dermaga [9] Menjelang masa ini, rangkaian-rangkaian perdagangan baharu telah berkembang bagi memenuhi permintaan warga tempatan yang semakin beragam. Sejahrawan memadahkan apa yang terjadi pada masa itu, kerana tinjauan ke atas barangan kaca yang ditemui di lebih 30 tapak dari Suzdal, Drutsk dan Belozeroo, yang sebahaguan besar dihasilkan bandar Kyiv. Kyiv adalah lumbung gandum sekalius pusat transit antara perniagaan Romawi Timur dan kawasan pesisir wilayah Laut Hitam . Walaupun rangkaian perniagaan ini telah wujud, jumlah perniagaan maupun peniaga berkembang pesat pada penghujung abad ke-11. Kyiv juga memerankan peran penting dalam perniagaan tempatan Rus' di antara bandar-bandarnya; Kyiv memegang monopoli ke atas produk barangan yang terbuat dari kaca (bekas kaca, tembikar berlapis dan kaca tingkap), sehingga awal hingga pertengahan abad ke-12 Rus' Kiev kehilangan status monopolinya. Bandar-bandar Rus yang lain pun ikut memberontak Teknik penghasilan enamel bertatah telah diserap daripada Romawi. Amfora Romawi, khamr dan minyak zaitun telah ditemui di sepanjang Sungai Dnieper bahagian tengah. Terjalin rangkaian niaga antara Kiev, dengan bandar-bandar perdagangan dan pelabuhan Romawi.[10]
Pada musim sejuk, pemerintah Kiev pergi mengawasi suku-suku kecil seperti Dregovichs, Krivichs, Drevlians, Severians, dan suku kakitangan lainnya. Ada yang memberi penghormatan dalam bentuk wang, ada yang membayar dengan bulu atau haiwan buruan lainnya, dan ada juga yang menjual pacal. Rangkain perniagaan dari sungai-sungai dengan rakit balak itu itu di panggil poliudie.[11] [12]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.