Rifel anti-kereta kebal
From Wikipedia, the free encyclopedia
Rifel anti-kereta kebal adalah rifel yang direka bagi menembusi perisai kenderaan, terutamanya kereta kebal. Kegunaan rifle bagi tujuan ini bermula dari pengenalan kereta kebal semasa Perang Dunia Pertama dan sehingga Perang Korea. Apabila perisai kereta kebal serdahana dan berat menjadi terlalu tebal untuk ditembusi oleh projektil kaku dari rifel yang boleh di bawa oleh seorang askar, rifel anti-kereta kebal terus digunakan terhadap sasaran lain, sungguhpun senjata letupan berbentuk seperti bazooka turut diperkenalkan bagi pertahanan tentera pejalan kaki terhadap kereta kebal. Rifel anti material masakini, seperti Barrett M82, adalah pembangunan teknologi Perang Dunia Kedua.