From Wikipedia, the free encyclopedia
Revolusi Texas atau Perang Kemerdekaan Texas merupakan satu peperangan yang berlaku pada 2 Oktober, 1835 sehingga 21 April, 1836 di antara Mexico dan Texas yang merupakan sebahagian daripada negeri Mexico iaitu Coahuila y Tejas. Permusuhan antara kerajaan Mexico dan para peneroka Amerika di Texas (yang dikenali sebagai orang Texas) bermula dengan Siete Leyes pada tahun 1835, apabila Presiden Mexico dan Jeneral Antonio López de Santa Anna membubarkan Perlembagaan Mexico 1824 dan mengistiharkan perlembagaan anti-persekutuan yang baru bagi mengantikannnya. Kekacauan kemudian meletus di seluruh Mexico, dan perang bermula di Texas pada 2 Oktober, 1835, dengan Pertempuran Gonzales. Kejayaan-kejayaan awal orang Texas adalah di La Bahia dan San Antonio kemudian menghadapi kekalahan teruk di tempat yang sama beberapa bulan kemudian.
Revolusi Texas | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pertempuran San Jacinto | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
Republik Texas |
Mexico | ||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
Stephen F. Austin Edward Burleson Sam Houston |
Antonio López de Santa Anna Martin Perfecto de Cos Jose de Urrea | ||||||||
Kekuatan | |||||||||
c. 2,000 | c. 6,500 | ||||||||
Kerugian dan korban | |||||||||
c. 700 | c. 1,500 |
Perang tamat di Pertempuran San Jacinto di mana Jeneral Sam Houston mengetuai Tentera Texas bagi mencapai kemenangan dalam masa 18 minit ke atas sepasukan tentera Mexico di bawah arahan Santa Anna, yang kemudian ditawan dalam pertempuran ini. Kesudahannya, peperangan menghasilkan penubuhan Republik Texas.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.