Revolusi Mei
From Wikipedia, the free encyclopedia
Revolusi Mei (Sepanyol: Revolución de Mayocode: es is deprecated ) berlaku di Buenos Aires, ibu kota Kewizuraian Río de la Plata naungan kerajaan Sepanyol, yang berlaku antara 18 Mei - tarikh rasmi pengesahan kejatuhan Junta Pusat Agung (Junta Suprema Central) - dan 25 Mei 1810 apabila pemerintahan Wizurai Baltasar Noor de Cisneros digulingkan lalu digantikan dengan suatu pemerintahan Junta Pertama (Primera Junta) yang baharu. Pengisytiharan kemerdekaan Argentina berlaku enam tahun kemudian semasa Kongres Tucumán pada 9 Julai 1816. Usaha mereka ini telah mencetuskan revolusi yang berkembang ke negara-negara Amerika Latin lain di bawah jajahan Sepanyol.
Pada masa ini, 25 Mei diingati sebagai suatu tarikh kebangsaan di Argentina yang disambut sebagai cuti umum di negara tersebut. Tarikh ini pernah disambut Uruguay dari 1834 hingga 1933 dengan nama "Hari Amerika" (Día de América).