![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/a1/Debris-GEO1280.jpg/640px-Debris-GEO1280.jpg&w=640&q=50)
Sampah angkasa
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sampah angkasa, serpihan angkasa atau reja angkasa (space debris,[1] space waste atau space junk) ialah sisa-sisa bahan buatan manusia terpakai yang ditinggalkan di angkasa lepas seperti satelit lama dan sisa bahagian roket yang tertanggal hasil penguraian, hakisan mahupun pelanggaran dengan objek lain, serpihan-serpihan yang berkecaian ini boleh kekal terapung berselerak dalam orbit Bumi atau boleh memasuki semula batasan atmosfera Bumi.[2][3] Sebanyak hampir 20,000 objek buatan manusia yang cukup besar dijejaki berlegaran di orbit atas Bumi[4] setakat Oktober 2019 termasuk 2,218 buah satelit yang masih beroperasi.[5]
![Earth from space, surrounded by small white dots](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/a1/Debris-GEO1280.jpg/640px-Debris-GEO1280.jpg)
Sisa-sisa reja ini sendirinya boleh mendatangkan bahaya kepada kapal angkasa yang lalu-lalang di mana sebarang pelanggaran boleh menyebabkan tercalar komponen panel suria dan alat optik seperti teleskop (yang tidak dapat diberikan perlindungan yang seeloknya atas sebab tertentu[6]) malah jauh boleh objek angkasa itu sendiri musnah berkecai.[3] Kadar kemungkinan pelanggaran reja-reja ini yang meninggi juga boleh menyebabkan orbit Bumi tidak boleh ditembusi sekiranya keadaan ini berterusan tanpa wujudnya pengurusan yang sesuai.[7] Pengurusan serta pembersihan sisa-sisa ini ada digiatkan beberapa pihak yang menumpukan kepada hal ini.[8]