Reichsjugendführer
From Wikipedia, the free encyclopedia
Reichsjugendführer ("Ketua Belia Negara") ialah pangkat separa tentera tertinggi dalam organisasi Belia Hitler.[1] Ia mula-mula telah disandang oleh Baldur von Schirach dan kemudian oleh Arthur Axmann.[2] Asalnya, tidak terdapat insignia bagi pangkat ini, dan Schirach boleh dilihat dalam fotograf kontemporari memakai tunik warna perang Parti Nazi berserta lilitan lengan Belia Hitler. Namun, Axmann kemudian mengguna pakai satu insignia yang serupa dengan Reichsführer-SS.
Fakta Segera Ketua Belia Negara, Status ...
Ketua Belia Negara | |
---|---|
Reichsjugendführer | |
Parti Nazi | |
Status | Dimansuhkan |
Singkatan | RJF |
Dilantik oleh | Führer NSDAP |
Dibentuk | 1931 |
Pemegang pertama | Baldur von Schirach |
Pemegang akhir | Artur Axmann |
Dimansuhkan | 1945 |
Timbalan/naib | Stabsführer |
sunting · sunting di Wikidata |
Tutup
Kedua-dua Axmann dan Schirach telah dituduh sebagai penjenayah perang oleh Kuasa Bersekutu selepas berakhirnya Perang Dunia II, khususnya dalam peranan merosakkan minda kanak-kanak.[3]