From Wikipedia, the free encyclopedia
Perebusan (Tulisan Jawi: ڤربوسن) ialah kaedah pengekstrakan dengan mendidihkan bahan herba atau tumbuhan untuk melarutkan kimia bahan, yang mungkin termasuk batang, akar, kulit dan rizom tumbuhan itu. Merebus boleh melibatkan pelecekan bahan tumbuhan untuk membolehkan pelarutan maksimum, dan kemudian dididih di dalam air untuk mengeluarkan minyak pati, sebatian organik meruap dan pelbagai bahan kimia lain. Perebusan boleh digunakan untuk membuat teh herba, teh daun, kopi, tinktur dan larutan yang serupa.[1] Perebusan dan penyeduhan boleh menghasilkan cecair dengan sifat-sifat kimia yang berbeza kerana suhu dan/atau perbezaan penyediaan kerana lebih banyak bahan kimia yang terlarut minyak dalam rebusan berbanding seduhan. Proses ini juga boleh digunakan untuk daging dan sayuran untuk menyediakan bouillon atau pati,[2] walaupun istilah ini biasanya hanya digunakan untuk menggambarkan ekstrak tumbuhan rebus, biasanya untuk tujuan perubatan atau saintifik.
Rebusan pula ialah nama untuk cecair yang dihasilkan. Walaupun kaedah pengekstrakan ini berbeza dari penyeduhan dan penurasan, cecair yang dihasilkan kadang-kadang mempunyai kesan, penampilan umum atau rasa yang serupa.
Merebus makanan juga satu teknik merendamkan daging, sayuran atau buah-buahan ke dalam air yang berada bersamaan takat didh. Proses ini boleh terbahagi kepada dua iaitu mereneh dan merendidih.
Dalam pembiran, lecekan rebus adalah kaedah tradisional di mana sebahagian lecekan dibuang ke dalam sebuah bekas yang berasingan, direbus untuk satu masa dan kemudian dimasukkan kembali ke lecekan utama, menaikkan lecekan ke langkah suhu seterusnya.
Dalam herba, perebusan biasanya dibuat untuk mengeluarkan cecair dari bahan yang keras seperti akar dan kulit. Untuk mencapai ini, bahan tumbuhan biasanya direbus selama 1-2 jam dalam 1-5 liter air. Ia kemudiannya ditapis. Ayurveda juga menggunakan kaedah ini untuk menghasilkan jenis ubat herba Kashayam.
Untuk teh, rebusan melibatkan pendidihan herba dan air yang akan digunakan untuk penyerapan (satu sudu teh setiap cawan) selama kira-kira lima hingga sepuluh minit
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.