album studio 2023 oleh kumpulan muzik Treasure From Wikipedia, the free encyclopedia
Reboot (digayakan dengan semua huruf besar) ialah album studio kedua bagi kumpulan muzik dari Korea Selatan, Treasure. Album ini dilancarkan pada 28 Julai 2023 oleh syarikat YG Entertainment dan Columbia Records.[1] Terdiri daripada sepuluh buah lagu,[2] album Reboot disokong oleh single prapelancaran "Move" (Gerak) dan runut utama "Bona Bona". Album ini merupakan album pertama Treasure sebagai kumpulan dengan 10 anggota selepas kepergian Bang Ye-dam dan Mashiho.[3]
Reboot | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 28 Julai 2023 | |||
Dirakamkan pada | 2023 | |||
Tempat | Korea Selatan | |||
Genre | ||||
Panjang | 32:51 | |||
Bahasa | Korea | |||
Syarikat | ||||
Kronologi album Treasure | ||||
| ||||
Single daripada Reboot | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Pada 12 Jun 2023, satu video disiarkan di saluran YouTube rasmi kumpulan muzik Treasure, di mana pengasas YG Entertainment (YGE) mengumumkan projek "but semula" untuk kumpulan itu. Projek tersebut termasuklah rancangan untuk album studio kedua dan pengumuman subunit Treasure yang pertama, T5 yang akan mengambil bahagian dalam promosi prapengeluaran sebelum pelancaran album tersebut.[4][5] Anggota T5 yang terdiri daripada Junghwan, Junkyu, Jihoon, Jaehyuk dan Doyoung didedahkan melalui gambar-gambar konsep yang disiarkan secara dalam talian.[6] Pada 19 Jun, YGE mengumumkan bahawa T5 akan membuat penampilan sulung dengan runut "Move" (Gerak) dan video latihan tariannya akan dilancarkan pada 21 Jun, seminggu sebelum debut rasmi T5 sebagai strategi promosi.[7][8][9] Pada 28 Jun, lagu "Move" dilancarkan di platform penstriman bersama-sama dengan video muziknya.[10][11]
Pada 4 Julai, YG Entertainment mengesahkan melalui filem pengumuman bahawa Treasure akan membuat kemunculan kembali bersama dengan album studio kedua Reboot pada 28 Julai.[12] Senarai lagu untuk album tersebut telah disiarkan pada 17 Julai, mendedahkan 10 lagu baharu termasuklah single prapelancaran T5 "Move" dan "Bona Bona" yang kemudiannya dipilih sebagai runut utama album.[13] Pada 26 dan 27 Julai, video muzik acah pertama dan kedua untuk "Bona Bona" dilancarkan.[14][2]
Senarai runut Reboot[lower-alpha 1] | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Susunan | Masa | |||||
1. | "Bona Bona" |
|
|
| 3:32 | |||||
2. | "I Want Your Love" "Aku Mahukan Cintamu" |
|
|
| 3:08 | |||||
3. | "Run" "Lari" |
|
|
| 3:30 | |||||
4. | "Move (T5)" "Gerak" | Junkyu |
|
| 3:28 | |||||
5. | "G.O.A.T" (unit rap) (menampilkan Lee Young-hyun) |
|
| DEE.P | 3:02 | |||||
6. | "멍청이 (Stupid)" "Bodoh" |
|
| Kang Uk-jin | 3:00 | |||||
7. | "어른 (The Way To)" "Dewasa (Laluan Ke)" (unit vokal) | ROVIN |
|
| 3:28 | |||||
8. | "Wonderland" "Tanah Ajaib" |
|
|
| 2:58 | |||||
9. | "B.O.M.B" |
|
| P.K | 3:21 | |||||
10. | "병 (Lovesick)" "Sakit (Mabuk Cinta)" |
|
| DEE.P | 3:24 | |||||
Jumlah masa: 32:51 |
Carta mingguan
|
Carta bulanan
|
Wilayah | Pensijilan | Unit/jualan diperakui | Ruj. |
---|---|---|---|
Korea Selatan (KMCA) | Juta | 1,000,000^ | [29] |
^Angka penghantaran berdasarkan pensijilan sahaja |
Wilayah | Tarikh | Format | Syarikat | Ruj. |
---|---|---|---|---|
Pelbagai | 28 Julai 2023 | [16] | ||
Korea Selatan |
|
[30] | ||
Amerika Syarikat | CD | [31] | ||
Jepun | CD | [32] |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.