Ratko Mladić
From Wikipedia, the free encyclopedia
Ratko Mladic lahir pada 12 Mac 1942 adalah etnik Serbia, pemimpin tentera dan didakwa sebagai penjenayah perang selama Perang Yugoslavia .Awalnya sebagai tentersa pangkat tinggi dalam Tentera Rakyat Yugoslavia. Dia menjadi Ketua Staf Tentera Republika Srpska (Tentera Bosnia Serbia) selama Perang Bosnia 1992-1995. Pada tahun 1995, beliau didakwa oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa kerana dituduh melakukan pembunuhan , jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan . Sebagai jeneral tentera dan komando , Mladic dituduh oleh ICTY kerana bertanggung jawab terhadap Pengepungan Sarajevo 1992-1995 dan pembunuhan beramai-ramai Srebrenica - pembunuhan beramai-ramai terbesar di Eropah sejak Perang Dunia II . Dia diburu hampir 16 tahun sehingga dia ditangkap oleh pasukan keselamatan Serbia pada 26 Mei 2011 di Lazarevo , Serbia .
Ratko Mladić Ратко Младић | |
---|---|
Kesetiaan | Socialist Federal Republic of Yugoslavia Republic of Serbian Krajina Republika Srpska |
Tahun perkhidmatan | 1965–1995 |
Pangkat | Colonel General |
Arahan | 9th Corps, Yugoslav People's Army (JNA) 2nd Military District Headquarters, JNA Army of Republika Srpska |
Pertempuran | Croatian War of Independence
Bosnian War
|
Anugerah | Order of Brotherhood and Unity Order of Military Merits Order of the People's Army |
Surat perintah penangkapan antarabangsa dikeluarkan terhadap Mladic selepas Peraturan 61 dari ICTY. Negara Serbia dan Amerika Syarikat menawarkan € 5 juta jika Mladic berjaya ditangkap. Pada bulan Oktober 2010, Serbia meningkatkan hadiah dari € 5 juta kepada € 10 juta. Serbia meminta bantuan Interpol untuk memburu Mladic.Jika tertangkap barulah Serbia boleh menyertai dengan Kesatuan Eropah .
Mladic merupakan ahli Parti Komunis Yugoslavia . Kerjaya awalnya sebagai Tentera Rakyat Yugoslavia pada tahun 1965.