Rancangan Manstein
From Wikipedia, the free encyclopedia
Rancangan Manstein adalah satu nama yang digunakan untuk rancangan peperangan Tentera Darat Jerman semasa Pertempuran Perancis pada tahun 1940. Pelan pencerobohan asal adalah satu kompromi yang dibuat oleh Franz Halder dan tidak memuaskan sesiapapun. Sesetengah dokumen yang mengandungi butiran pelan itu telah jatuh ke tangan pihak Belgium sewaktu peristiwa Mechelen pada 10 Januari 1940 dan pelan itu telah diubah beberapa kali. Versi pelan ini lebih menekankan serangan dari Kumpulan Tentera Darat A melalui hutan Ardennes, yang secara progresif mengurangkan penyerangan dari Kumpulan Tentera Darat B melalui Negeri-Negeri Pamah untuk pemesongan.
Rancangan Manstein/Fall Gelb (Kes Kuning) | |
---|---|
Sebahagian dari Perang Dunia Kedua | |
Skop operasi | Strategik |
Lokasi | Barat daya Belanda, tengah Belgium, utara Perancis |
Pelan | 1940 |
Dirancang oleh | Erich von Manstein |
Objektif | Mengalahkan Belanda, Belgium dan Perancis |
Tarikh | 10 Mei 1940 (1940-05-10) |
Pelaksanaan oleh | Kumpulan Tentera Darat A |
Hasil | Kemenangan |
Secara kebetulan, pada versi akhir rancangan itu, gerakan utama pencerobohan Jerman dibuat terhadap hutan Ardennes, bahagian paling lemah dalam garisan Sekutu, dimana pertahanan telah diberikan kepada divisyen kelas kedua, manakala Tentera Darat Ke-7, bahagian simpanan strategik Perancis yang paling kuat, telah diletakkan bersama dengan Tentera Darat Belanda yang jauh ke utara, dalam varian Breda Pelan D, iaitu rancangan aturgerak Bersekutu.