From Wikipedia, the free encyclopedia
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) merupakan rancangan pembangunan Malaysia bagi tempoh 2006-2010. RMK9 dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia kelima, Abdullah Ahmad Badawi, di Parlimen pada 31 Mac 2006.
Rancangan pembangunan lima tahun ini diumumkan setelah Malaysia melalui fasa 15 tahun pertama semenjak Wawasan 2020 diumumkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Mahathir Mohamad semasa membentangkan Rancangan Malaysia Keenam pada tahun 1991. Seperti rancangan-rancangan pembangunan dahulu, RMK9 bermatlamat untuk terus memacu negara ke arah kemakmuran walaupun Malaysia menghadapi persekitaran dalam dan luar negara yang sukar seperti kesan dari krisis kewangan Asia dan kenaikan harga minyak[1].
RMK9 mempunyai 5 teras utama iaitu:
Kerajaan Malaysia memperuntukkan sejumlah besar wang untuk pembangunan infrastruktur dalam tempoh RMK9 seperti Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor yang diperuntukkan RM10 bilion. Selain dari itu:
Berikut adalah laporan Kajian Separuh Penggal RMK9 seperti yang dibentangkan Perdana Menteri Malaysia di Parlimen pada 26 Jun 2008:
Item | 2007 | 2005 |
---|---|---|
Kedatangan pelancong | 21 juta | 16.4 juta |
Perolehan dari pelancong | RM46.1 bilion | RM31.9 bilion |
Jumlah perolehan dari rawatan kpd pesakit dari luar negara | RM457.5 juta | - |
Jumlah jualan | RM293.9 bilion | RM198.1 bilion |
Nilai komoditi pertanian | RM52.4 bilion | RM37.5 bilion |
Penetrasi Internet/100 isi rumah | 19.3% | 7% |
Pembinaan/menaik taraf jalan | 32,694 km | - |
Bekalan air bersih luar bandar | 300 sekolah | - |
Bekalan elektrik sekolah luar bandar | 100% di Sarawak, 72% di Sabah | - |
Insiden kemiskinan tegar | 0.7% | 1.2% |
Pendapatan per kapita | RM23,066 | RM18,840 |
Defisit negara (% dari KDNK) | 3.2% | 3.6% |
Lain-lain:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.