Duli Yang Amat Mulia Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah (diputerakan pada (1955-02-08)8 Februari 1955 di Hospital Kuala Kangsar, Kuala Kangsar, Perak) merupakan Raja Di-Hilir Perak Darul Ridzuan. Baginda adalah putera kedua kepada Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Shah II dan Almarhumah Raja Perempuan Muzwin. Baginda juga adalah Waris Kedua Kesultanan Perak.

Fakta Segera Pemerintahan, Didahului oleh ...
Raja Iskandar Dzurkarnain
Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak Darul Ridzuan
Raja Di-Hilir Perak
Pemerintahan20 Jun 2014 - kini
Didahului olehRaja Jaafar
Raja Kecil Besar Perak
Pemasyhuran10 Mac 1998 - 20 Jun 2014
Didahului olehRaja Izzuddin Iskandar Shah
Diikuti olehRaja Ashman Shah
Raja Kecil Sulong Perak
Pemasyhuran10 Mac 1998 - 18 Mac 2010
Didahului olehRaja Izzuddin Iskandar Shah
Diikuti olehRaja Ashman Shah
Raja Kecil Tengah Perak
Pemasyhuran11 Mei 1987 - 10 Mac 1998
Didahului olehRaja Jaafar
Diikuti olehRaja Ashman Shah
Raja Kecil Bongsu Perak
Pemasyhuran3 Februari 1984 - 11 Mei 1987
Didahului olehRaja Jaafar ll
Diikuti olehRaja Ashman Shah
KeputeraanRaja Iskandar Dzurkarnain ibni Raja Idris Shah
(1955-02-08)8 Februari 1955
Hospital Kuala Kangsar, Kuala Kangsar, Perak, Malaya
PasanganTunku Soraya (k. 1986)
Anakanda
  • Raja Nabil Imran Abdul Aziz
  • Raja Idris Shah
  • Raja Sarina Intan Bahiyah
  • Raja Safia Azizah
  • Raja Siffudin Muazzam Shah
Nama penuh
Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah
Nama diraja
Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah
KerabatKesultanan Siak-Perak
Kesultanan Perak
(Secara lahir)
AyahandaSultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah
BondaRaja Perempuan Muzwin
AgamaIslam
Tutup

Biografi

Baginda diputerakan pada 8 Februari 1955 di Hospital Kuala Kangsar dan menerima pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Kangsar, Perak. Baginda kemudiannya melanjutkan pengajian di London. Baginda berkahwin dengan Tunku Soraya Binti Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah yang diputerikan pada (1960-04-30) 30 April 1960 (umur 64) di Hospital Besar, Alor Star, Kedah.[perlu rujukan]

Keluarga dan kerabat

Raja Iskandar Dzurkarnain dan Tunku Soraya melangsungkan perkahwinan di Istana Anak Bukit, Alor Star, Kedah pada 24 Ogos 1986 dan dikurniakan 5 orang cahaya mata, tiga orang putera dan dua orang puteri.

Maklumat lanjut Nama, Keputeraan ...
NamaKeputeraanTempat keputeraanUmur
Yang Mulia Raja Nabil Imran Abdul Aziz(1987-08-02)2 Ogos 1987Kedah37 tahun dan 1 bulan
Yang Mulia Raja Idris Shah(1989-07-18)18 Julai 1989Kedah35 tahun, 1 bulan dan 15 hari
Yang Mulia Raja Sarina Intan Bahiyah(1992-06-12)12 Jun 1992Kedah32 tahun, 2 bulan dan 21 hari
Yang Mulia Raja Safia Azizah(1996-06-05)5 Jun 1996Kedah28 tahun, 2 bulan dan 28 hari
Yang Mulia Raja Siffudin Muazzam Shah(2000-11-18)18 November 2000Kedah23 tahun, 9 bulan dan 15 hari
Tutup

Terasul dan gelaran

Fakta Segera Gaya panggilan, Gaya pertuturan ...
Gelaran hormat bagi
Raja Iskandar Dzurkarnain
Gaya panggilan Duli Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Tuanku
Gaya pilihan Raja Di-Hilir
Tutup
  • 8 Febuari 1955 - 5 Januari 1963  : Yang Mulia Raja Iskandar Dzurkarnain bin Raja Idris Shah
  • 5 Januari 1963 - 31 Januari 1984  : Yang Amat Mulia Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah
  • 31 Januari 1984 - 3 Febuari 1984  : Yang Amat Mulia Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah
  • 3 Febuari 1984 - 11 Mei 1987  : Yang Teramat Mulia Raja Kecil Bongsu Perak Darul Ridzuan Raja Dato' Seri Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah
  • 11 Mei 1987 - 10 Mac 1998  : Yang Teramat Mulia Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan Raja Dato' Seri Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah
  • 10 Mac 1998 - 18 Mac 2010  : Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulong Perak Ridzuan Raja Dato' Seri Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah
  • 18 Mac 2010 - 20 Jun 2014  : Yang Teramat Mulia Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan Raja Dato' Seri Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah
  • 20 Jun 2014 - kini : Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak Darul Ridzuan Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah

Nama Penuh baginda berserta gelaran rasmi ialah:

Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak Darul Ridzuan Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah, D.K., D.K. II (Johor)., D.K.A. II., P.S.M., S.P.C.M., S.S.D.K.

Darjah kebesaran

Raja Iskandar Dzurkarnain telah dianugerahkan,

  • Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Kedua (D.K. II) pada 23 Mac 2017
  • Darjah Kerabat Azlanii Kelas Kedua (D.K.A. II)
  • Darjah Seri Setia Diraja Kedah (S.S.D.K), Dato' Seri

Tempat persemayaman

Baginda bersemayam di Istana Firuz yang terletak di Jalan Lumba Kuda, Ipoh.

Keturunan diraja

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.