From Wikipedia, the free encyclopedia
Sinaran elektromagnet (electromagnetic radiation atau EM radiation) merupakan gelombang propagasi sendiri di angkasa dengan komponen elektrik dan magnet. Komponen ini berayun pada sudut tepat sesama sendiri dan arah arah propagasi, dan dengan berfasa sesama sendiri. Radiasi elektromagnetik dikelaskan menurut jenis menurut frekuensi gelombang: jenis ini termasuk, kadar peningkatan frekuensi, gelombang radio, mikrogelombang, sinaranan terahertz, sinaran inframerah, cahaya nampak, sinaran ultraungu, sinar-X dan sinar gamma. Dalam sesetengah konteks keseluruhan julat dirujuk hanya sebagai 'cahaya'. [1].
Radiasi EM membawa tenaga dan momentum, yang boleh dipindahkan apabila ia berinteraksi dengan jisim.
Gelombang elektromagnetik pada awalnya diramal oleh James Clerk Maxwell dan kemudiannya disahkan oleh Heinrich Hertz. Maxwell menghasilkan persamaan bentuk gelombang magnetik dan elektrik, mendedahkan sifat semula jadi seperti gelombang medan elektrik dan magnetik, dan bentuk simetrinya. Disebabkan kepantasan gelombang EM diramal oleh persamaan gelombang menyamai dengan kelajuan cahaya yang diukur, Maxwell merumuskan bahawa cahaya itu sendiri adalah gelombang EM.
Menurut persamaan Maxwell, medan elektrik berbeza masa menghasilkan medan magnetik dan sebaliknya. Dengan itu, sebagai medan elektrik berayun menghasilkan medan elektrik berayun, medan magnetik sebaliknya menghasilkan medan elektrik berayun dan seterusnya. Ayunan medan ini bersama-sama menghasilkan gelombang elektromagnet.
Teori kuantum, berkenaan interaksi antara radiasi elektromagnetik dan jisim seperti elektron digambarkan oleh teori elektrodinamik kuantum.
Biasanya, radiasi EM dikelaskan menurut panjang gelombang kepada tenaga elektrik, radio, gelombang mikro, infra, kawasan yang boleh dideriakan sebagai cahaya nampak, ultraungu, sinar-X dan sinar gama.
Kelakuan radiasi EM bergantung kepada jarak gelombangnya. Frekuensi tinggi mempunyai jarak gelombang lebih pendek, dan frekuensi lebih redah mempunyai jarak gelombang lebih panjang. Apabila radiasi EM bertindak balas dengan satu atom dan molekul, kelakuannya bergantung kepada jumlah tenaga setiap quantum yang di bawa nya. Radiasi elektromagnetik boleh dibahagikan kepada oktaf — sama seperti gelombang bunyi — berakhir dengan lapan puluh satu oktaf.[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.