TV1
From Wikipedia, the free encyclopedia
TV1 (televisyen ini dikenali sebagai Televisyen Malaysia dan Rangkaian Pertama) ialah saluran televisyen terrestrial tertua di Malaysia. Saluran itu secara rasminya mula disiarkan pada 28 Disember 1963 jam 6:00 petang dengan bersiaran 3 jam dan 45 minit sehari bermula dari jam 6:00 petang sehingga 9:45 malam sebagai Televisyen Malaysia. TV1 utamanya ialah di Wisma TV, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur. Kecuali set studio untuk siaran berita TV1 kini bersiaran dari Wisma Berita RTM, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur. TV1 ialah stesen televisyen pertama dan tertua di Malaysia. Moto utamanya ialah Mewarnaimu.
Negara | Malaysia Amerika Syarikat Singapura Brunei Thailand Indonesia Filipina |
---|---|
Kawasan siaran |
|
Slogan |
|
Ibu pejabat | Wisma TV, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur, Malaysia |
Pengaturcaraan | |
Bahasa | Melayu (rasmi/utama/nasional) Inggeris (rasmi/utama/nasional) |
Format gambar | 1080i (16:9/HDTV) |
Pemilikan | |
Pemilik | Radio Televisyen Malaysia |
Saluran kembar | |
Sejarah | |
Dilancarkan | |
Ditutup | |
Nama dahulu |
|
Ketersediaan | |
Terestrial | |
MYTV | Saluran 101 (HD) |
Satelit | |
Telkom-4 (percuma) | 4080/H/32677 (HD) |
Astro/NJOI | Saluran 101 (HD) |
IPTV | |
Unifi TV | Saluran 101 (HD) |
Media penstriman | |
Astro | Astro GO / Sooka |
MYTV | MYTV Mana Mana |
Unifi TV | Unifi TV App |
RTMKlik | Tonton secara langsung |
PrimePOV TVplus+ | Laman Pasif |
TV1, TV2, TV6, TV Okey, Berita RTM, Sukan RTM dan stesen radio dikawal oleh RTM yang mana siarannya berpusat di Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur.
TV1 kini bersiaran di MYTV, Astro/NJOI dan Unifi TV di saluran 101 dalam format HD (definisi tinggi). Semua program disertakan dengan sarikata Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Saluran ini disiarkan secara langsung pada perkhidmatan penstriman RTM, RTM Klik, Astro GO, Sooka, Unifi TV App dan MYTV Mana Mana.
Liputan TV1 dan TV3 meliputi hampir keseluruhan sempadan Malaysia–Brunei, Malaysia–Indonesia, Malaysia–Singapura, Malaysia–Filipina dan Malaysia–Thailand di darat dan laut sehingga juga boleh diterima di seluruh Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand Selatan melalui parabola Telkom-4 dalam format HD (definisi tinggi).