![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/6e/Pusat_Pameran_dan_Konvensyen_MATRADE%252C_Segambut_20230304_115827.jpg/640px-Pusat_Pameran_dan_Konvensyen_MATRADE%252C_Segambut_20230304_115827.jpg&w=640&q=50)
Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MECC) ialah sebuah pusat perdagangan, dewan pameran, dan pusat konvensyen di pinggir Segambut, Kuala Lumpur, Malaysia. MECC, yang ditubuhkan oleh MATRADE (Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia), menyediakan kemudahan konvensyen, dewan pameran, dan bilik mesyuarat. Matrade juga memperuntukkan ruang pameran tetap untuk 400 syarikat tempatan di dewan pameran di tingkat dua.
Fakta Segera Maklumat umum, Jenis ...
Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE | |
---|---|
![]() | |
![]() | |
Maklumat umum | |
Jenis | Pusat konvensyen dan perdagangan |
Lokasi | Kuala Lumpur, Malaysia |
Negara | Malaysia ![]() |
Koordinat | 3.177174°N 101.666751°E / 3.177174; 101.666751 |
Dirasmikan pada | 2 Januari 2007 |
Pemilik | MATRADE |
Butiran teknikal | |
Bilangan tingkat | 24 |
Keluasan tingkat | 106,000 m2 (1,140,000 ka2) |
Tapak web | |
mecc.matrade.gov.my | |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Tutup
Beroperasi sejak 2 Januari 2007, MECC telah menganjurkan pelbagai acara berkaitan perdagangan. Pusat Perdagangan dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MiTEC) yang baru terletak berhampiran bangunan ini dan ia juga menjadi lokasi temasya untuk Sukan Asia Tenggara 2017.