Pusat Kebudayaan Islam New York
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pusat Kebudayaan Islam New York ialah sebuah masjid dan sebuah pusat kebudayaan Islam di Harlem Timur, Manhattan, Bandar Raya New York, Amerika Syarikat. Pusat Kebudayaan Islam ini ialah bangunan masjid pertama didirikan di New York dan berterusan menjadi salah satu yang terbesar di bandara raya itu. Bangunan masjid lama yang didirikan dalam kediaman di kawasan perumahan di 1 Riverside Drive masih digunakan sebagai tempat ibadah dan dijadikan lokasi satelit.
Pusat Kebudayaan Islam New York | |
---|---|
Info asas | |
Lokasi | 1711 Third Avenue, New York, NY 10029 Amerika Syarikat |
Koordinat geografi | 40°47′7″N 73°56′55″W |
Agama | Islam |
Negara | Amerika Syarikat |
Laman web | icc-ny |
Penerangan seni bina | |
Arkitek | Skidmore, Owings & Merrill |
Jenis seni bina | Masjid |
Gaya seni bina | pascamodenisme |
Arah muka bangunan | Mekah |
Pecah tanah pada | 1987 |
Disiapkan pada | 1991 |
Kos pembinaan | $14 juta |
Spesifikasi | |
Arah bahagian hadapan bangunan | Mekah |
Kapasiti | Dewan solat utama: 1,000 |
Tinggi kubah (luaran) | 90 kaki (27 m) |
Tinggi menara masjid | 130 kaki (40 m) |
Bahan binaan | Keluli, konkrit, marmar, kaca |
Pusat Kebudayaan Islam New York ialah bangunan tinggi dengan 61 meter lebar dan 73 meter panjang. Masjid ini terletak di 96th Street Timur dan 3rd Avenue di kejiranan Upper East Side, Manhattan. Apabila melihat kepadanya, masjid ini teralih 29 darjah menghadap jalan. Jurubina masjid ini ingin menunjukkan seperti masjid Turki dan mencapai dua tujuan. Dua tujuan itu ialah untuk dilihat menonjol daripada kelilingnya, dan mihrab dapat menghadap ke Mekah, di mana menjadi arah kiblat ke Kaabah.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.