Pulau Kentut
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pulau Kentut terdiri daripada 2 buah pulau iaitu Pulau Kentut Kecil dan Pulau Kentut Besar. Pulau ini antara 99 buah pulau yang terletak di sekitar perairan Pulau Langkawi, Kedah.
Pulau Kentut Besar ialah pulau kecil di Langkawi. Ia terletak di barat daya Pulau Langkawi, dan di timur laut Pulau Beras Basah. Bersebelahan dengan Pulau Kentut Kecil yang saiznya lebih kecil daripada Pulau Kentut Besar. Ia merupakan dua diantara lambakan gugusan pulau yang berada di situ dengan pemandangan menarik, pantai pasir putih, dan laut biru yang sungguh jernih.
Pulau Kentut terletak kira-kira 400m dari Star Cruise Jetty melalui bot manakala 24.5km daripada Jeti Kuah dan 14km daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK).