Proton Saga (generasi kedua)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Proton Saga generasi kedua merupakan sebuah sedan subpadat 4 pintu keluaran pengeluar kereta Malaysia, Proton yang dilancarkan pada 18 Januari 2008.[1] Ia menggantikan generasi pertama Proton Saga sebagai model "flagship" Proton. Proton Saga generasi kedua dibina berasaskan pelantar Proton Savvy yang dipanjangkan dan dibangunkan sendiri oleh Proton dengan sokongan teknikal daripada Lotus Cars dan LG CNS. Proton melancarkan model yang diperbaharui yang dipanggil Proton Saga FL pada 30 November 2010.[2] 8 bulan berikutnya, sebuah lagi model yang ditambah baik yang dipanggil Proton Saga FLX dilancarkan.[3]
Proton Saga (generasi kedua) | |
---|---|
Maklumat | |
Pengilang | Proton |
Pengeluaran | 2008 - 2016 |
Kelas | Subpadat |
Gaya badan | Sedan 4 pintu |
Reka letak | FF |
Kereta ini dinamakan sempena biji saga (Adenanthera pavonina) yang mudah didapati di Malaysia. Nama tersebut dipilih oleh Ismail Jaafar, pemenang pertandingan menamakan kereta nasional tersebut.[4] Proton Saga juga merupakan satu simbol kebangsaan Malaysia yang dikenali.[5]