Primeworks Studios
Syarikat penerbitan filem dan televisyen Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Primeworks Studios Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat penerbitan dan pengedaran rancangan televisyen Malaysia dan penyedia kandungan milik penuh konglomerat media Media Prima Berhad.[1] Syarikat ini bertanggungjawab membekalkan kandungan kreatif untuk rangkaian televisyen Media Prima, iaitu TV3, NTV7, 8TV dan TV9. Primeworks bukan sahaja menerbitkan rancangan TV untuk Media Prima, bahkan turut membekalkan kandungan untuk RTM dan Astro, di samping mengeksport rancangan buatan Malaysia ke pasaran antarabangsa dan menjalin hubungan strategik dengan pengedar TV antarabangsa.[2]
Jenis/bentuk sah | Swasta |
---|---|
Industri | Hiburan, media |
Genre | Media |
Pendahulu | Primetime Communications (1984–2008) |
Ditubuhkan | 1 Jun 1984; 40 tahun yang lalu (1984-06-01) |
Ibu pejabat | Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
Tokoh penting | Nini Yusof Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios |
Keluaran | Televisyen, filem |
Syarikat induk | Media Prima Berhad |
Pembahagian |
|
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Biarpun mula menerbitkan rancangan televisyen seawal pada 1984 (dikenali sebagai Primetime Communications), Primeworks hanya mengenalpasti diri mereka sendiri pada 2008 untuk dibezakan daripada satu lagi anak syarikat Media Prima, Grand Brilliance yang ditubuhkan pada 1995.[3] Syarikat itu bergabung dengan satu lagi anak syarikat Media Prima, Grand Brilliance pada tahun 2019 untuk membentuk syarikat pelesenan, penerbitan dan pengedaran baharu di bawah nama Primeworks Studios.