Portal:Djibouti
From Wikipedia, the free encyclopedia
Portal Djiboutiبوابة جيبوتيPortail Djibouti
Djibouti (Arab: جيبوتيcode: ar is deprecated Jībūtī, Perancis: Djibouticode: fr is deprecated , Somali: Jabuuticode: so is deprecated , Afar: Gabuuticode: aa is deprecated ), rasminya Republik Djibouti (Arab: جمهورية جيبوتيcode: ar is deprecated Jumhūriyyat Jībūtī, Perancis: République de Djibouticode: fr is deprecated , Afar: Gabuutih Ummuunocode: aa is deprecated , Somali: Jamhuuriyadda Jabuuticode: so is deprecated ) adalah sebuah negara yang terletak di Afrika Timur persisnya di Teluk Aden, pintu masuk Laut Tengah. Merdeka pada 27 Jun 1977. Dulu dikenali sebagai Tanah Somalia Perancis atau Afar dan Issas lalu berubah menjadi Djibouti. Berjiran dengan Habsyah di selatan dan Somalia di tenggara. Negara ini penting bagi Habsyah sebab 60% eksportnya dilepas melalui negara ini.
Rencana pilihan
Bandar Raya Djibouti (Somali: Magaalada Jabuuticode: so is deprecated ; Arab: مدينة جيبوتي, rumi: Madīnat Jībūtīcode: ar is deprecated ; Perancis: Ville de Djibouticode: fr is deprecated ) ialah ibu kota Djibouti dan bandarnya yang paling besar.
Kota ini menempatkan sebanyak kira-kira 600,000 orang penduduk atau 54% keseluruhan kependudukan negara Djibouti. Kedudukan ia amat strategik di tengah-tengah banyak laluan perkapalan dunia sebagai tempat pengisian minyak selain adanya Pelabuhan Djibouti yang turut menjadi pelabuhan import dan eksport banyak barangan ke negara Habsyah yang dikelilingi daratan. Kota ini merupakan bandar kedua terbesar dari segi pasaran ekonomi di Tanduk Afrika selepas Addis Ababa.