Baobab (serapan Arab: أَبُو حِبَاب, rumi: abū ḥibāb "bapa segala biji"), asam bota (serapan Jawa: ꦲꦱꦼꦩ꧀ꦧꦸꦠ, translit. asêm buta[1]) atau buntan (Malagasi: bontana seakar Melayu buntal[2]) merujuk kepada salah satu lapan spesies pokok meluruh sederhana besar dari genus Adansonia keluarga Malvaceae. Ia bertaburan khusus di pulau Madagaskar, benua Afrika[3] dan Australia[4] namun juga telah diperkenalkan ke kawasan lain seperti Asia.[3][5][6] Pokok-pokok adalah antara tanaman vaskular yang paling lama hidup.[7]

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Spesies ...
Baobab
Thumb
Adansonia grandidieri di hutan Madagaskar.
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Malvaceae
Genus:
Spesies

See Species section

Tutup

Taksonomi

Nama genus pokok-pokok ini, Adansonia, diberikan sempena Michel Adanson, naturalis Perancis dan penjelajah yang pertama kali menggambarkan antara pokok paling dikenali dalam genus ini iaitu "pokok botol".[8]

Maklumat lanjut Spesies, Kawasan taburan ...
Spesies Kawasan taburan
Adansonia digitata L. (juga termasuk Adansonia kilima [9] ) Barat, timur laut, tengah & selatan Afrika[10]
Adansonia grandidieri Baill. Barat tengah Madagaskar[11]
Adansonia gregorii F.Muell. (syn. A. gibbosa ) barat laut Australia
Adansonia madagascariensis Baill. barat laut dan utara Madagaskar[12]
Adansonia perrieri Capuron Madagaskar utara[12]
Adansonia rubrostipa Jum. & H.Perrier (syn. A. gibbosa) bahagian tengah ke selatan Madagaskar barat [12]
Adansonia suarezensis H.Perrier Madagaskar utara [12]
Adansonia za Baill. barat dan barat daya Madagaskar [12]
Tutup

Gambaran

Thumb
Pohon-pohon baobab spesies Adansonia za.

Pokok-pokok ini dikenali kerana batang pokok ia yang sangat besar tebal; batang-batang ini berkayu dengan lingkaran berpusat pada terasnya. Batang pokok ini menyerap air hujan yang turun sehingga mampu mengembang banyak kali ganda dari ketebalan asal.[13] Adansonia gregorii baobab terkecil yang hanya mampu mencecah tidak lebih 10 m dengan batang banyak,[13] A. rubrostipa dan A. madagascariensis mampu tumbuh antara 5 hingga 20 meter[13] manakala yang lain dari 25 hingga 30 meter dengan batang berdiameter 2-3 meter.[13] A. digitata paling besar dengan batang diameter mampu mencecah 10 meter.[13]

Sebatang pokok ini mampu menyimpan air sehingga 120,000 liter untuk menahan keadaan kemarau yang teruk. Malah dedaunnya sering diluruhkan apabila keadaan menjadi semakin gersang terutamanya pada musim kemarau.

Ia memutik bunga besar yang boleh membiak selama maksimum 15 jam.[13] Bunga mengembang sekitar waktu senja; membuka dengan cepat sehingga pergerakan dapat dikesan dengan mata kasar dan pudar pada keesokan harinya.[13]

Thumb
Buah[pautan mati kekal] dibelah dua, di Mozambique

Buahnya besar, berbentuk membujur bulat menyimpan biji berbentuk buah pinggang dalam suatu matriks berisi sari yang kering.

Kegunaan

Sebagai sumber makanan

Daun pokok boleh dimakan sebagai sayur.[14]

Isi buah dan biji A. grandidieri[15] dan A. za boleh dimakan segar.[16] Biji beberapa spesies baobab adalah sumber minyak sayuran.[15][16]

Di Tanzania, pulpa A. digitata yang dikeringkan juga diterapkan dalam pembuatan bir tebu untuk membantu mempercepatkan penapaian. [17]

Tujuan lain

Beberapa spesies pokok boleh dijadikan adalah sumber serat, pewarna, dan bahan api. Minyak yang diperah dari biji-bijinya juga digunakan dalam kosmetik, terutama dalam pelembap. [18]

Orang peribumi Australia menggunakan spesies asli A. gregorii untuk pelbagai tujuan: akar-akar ia dibuat tali manakala kulit buahnya dijadikan bahan hiasan.[19]

Kawasan tertanamnya pokok baobab juga penting sebagai tempat burung, khususnya spinetail bintik[20] dan empat spesies burung tempua.[21]

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.