Planet minor atau planetoid merupakan objek objek dalam sistem suria yang mengorbit matahari sama seperti planet tetapi bersaiz lebih kecil daripada planet. Contoh yang paling biasa ialah asteroid, komet dan objek trans-Neptune.

Planet minor dibahagi mengikut kumpulan dan keluarga berdasarkan sifat sifat orbitnya. Selalunya kumpulan asteroid dinamakan sempena nama ahli pertama kumpulan yang ditemui. Kumpulan merupakan gabungan dinamik yang longgar manakala keluarga adalah lebih rapat dan terhasil daripada pecahan katastropik asteroid yang lebih besar. Keluarga yang terkenal ialah asteroid Eos ( jejari orbit = 3.1 AU, ketaksepusatan = 0.1, kecondongan = 10° ), asteroid Themis ( jejari orbit = 3.1 AU, ketaksepusatan = 0.1, kecondongan = 1° ) dan asteroid Koronis ( jejari orbit = 2.87 AU, ketaksepusatan = 0.05, kecondongan = 1° ).

Kumpulan di luar orbit Bumi

Terdapat beberrapa asteroid mempunyai orbit yang berdekatan dengan matahari. Sesetengah kumpulan hanyalah hipotesis pada masa ini, dengan tiada ahli kumpulan ditemui setakat ini.

  • asteroid vulcanoid ialah asteroid hipotesis dengan aphelion kurang daripada 0.4 AU. Asteroid ini mengorbit sepenuhnya dalam orbit Utarid. Beberapa pencarian dibuat untuk volcanoid, tetapi masih tidak dijumpai.

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.