From Wikipedia, the free encyclopedia
Pilihan raya umum Ireland 2011 berlangsung pada Jumaat, 25 Februari, untuk memilih 165 orang Teachtaí Dála (Wakil Rakyat)[nb 2] dari 43 kawasan pengundian Dáil Éireann, dewan rakyat parlimen Ireland, iaitu Oireachtas. Dáil dibubarkan dan pilihan raya umum diumumkan oleh Presiden Mary McAleese pada 1 Februari, atas nasihat Taoiseach (Perdana Menteri) Brian Cowen.[1] Para pengundi ditugaskan memilih ahli-ahli Dáil ke-31 yang mulai bersidang pafa 9 Mac 2011 untuk mencalonkan Taoiseach serta meratifikasi menteri-menteri Kerajaan pada Dáil ke-31.
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
165 daripada 166 kerusi Dáil Éireann | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Sebelum ini, pada 20 Januari, Cowen mengumumkan bahawa pilihan raya diadakan pada 11 Mac, dan selepas belanjawan 2011 diluluskan, beliau menginginkan pembubaran Dáil ke-30 oleh Presiden.[2] Akan tetapi, Parti Hijau, parti terbaru dalam kerajaan campuran bersama Fianna Fáil yang dianggotai oleh Cowen, menarik diri dari kerajaan pada 23 Januari atas alasan bahawa pihaknya akan menyokong rang kewangan yang terpenggal dari pihak pembangkang supaya pilihan raya diadakan lebih awal.[3] Pada 24 Januari, Menteri Kewangan, Brian Lenihan, Jnr mencapai kata sepakat dengan pihak pembangkang di Dáil Eireann untuk melengkapkan semua peringkat pelulusan rang kewangan di kedua-dua dewan Oireachtas, sebelum 29 Januari; selepas itu, Dáil perlu dibubarkan serta-merta.[4] Mengikut perlembagaan, pilihan raya mesti diadakan tidak lebih 30 hari sepelas Dáil dibubarkan.[nb 3]
Fianna Fáil hilang kuasa[5] dalam kekalahan paling teruk oleh parti pemerintah semenjak negara Ireland berdaulat pada tahun 1921. Fianna Fáil hilang lebih setengah undian keutamaan pertamanya dari tahun 2007 dan hanya mempertahankan 20 kerusi. Parti ini akan menjadi parti ketiga terbesar dalam Dáil ke-31, kali pertama ia tidak menjadi parti terbesar dalam dewan rakyat sejak pilihan raya 1927. Akhbar The Irish Times memerikan kejatuhan Fianna Fáil sebagai "kekalahan yang melakar sejarah." [6] Fine Gael memenangi 76 kerusi untuk menjadi parti terbesar di Dáil buat kali pertama dalam sejarah 78 tahunnya, manakala Parti Buruh menjadi kedua terbesar, dan Sinn Féin juga menambah kerusinya. Pemimpin Fine Gael, Enda Kenny diduga menjadi Taoiseach kerajaan campuran bersama Parti Buruh.[7][8][9][10]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.