Piala Cabaran AFC
From Wikipedia, the free encyclopedia
Piala Cabaran AFC (bahasa Inggeris: AFC Challenge Cupcode: en is deprecated ) adalah sebuah pertandingan bola sepak antarabangsa untuk negara-negara anggota Konfederasi Bola Sepak Asia yang dikategorikan sebagai "negara kurang membangun" (berdasarkan pembahagian yang dilakukan oleh AFC pada tahun 2006) dibawah Falsafah "Wawasan Asia".
![]() Logo Rasmi Bagi Piala Cabaran AFC | |
Ditubuhkan | 2006 |
---|---|
Kawasan | Asia (AFC) |
Jumlah pasukan | 8 (Peringkat Akhir) |
Juara semasa | ![]() (Gelaran Pertama) |
Pasukan paling berjaya | ![]() (2 Gelaran) |
"Falsafah Wawasan Asia", merupakan sebuah program yang telah diasaskan oleh bekas presiden AFC, Mohammed Bin Hammam , tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk meningkatkan taraf bola sepak Asia ke suatu tahap yang lebih baik di semua peringkat. Piala Cabaran AFC, yang mencerminkan Falsafah Wawasan Asia, telah dicipta untuk pasukan-pasukan yang dikategorikan sebagai "negara kurang membangun" agar negara-negara ini dapat merasai sendiri pengalaman bermain dalam sebuah pertandingan ala eropah dengan kemungkinan untuk memenangi sebuah trofi pada masa yang sama negara-negara dalam kategori ini berpotensi untuk mencungkil bakat-bakat baru melalui pertandingan Piala Cabaran AFC ini.
Edisi pertama bagi kejohanan ini telah berlangsung pada tahun 2006 di Bangladesh dan telah dimenangi oleh Tajikistan. Pemenang Piala Cabaran AFC edisi 2008 dan edisi 2010 layak secara automatik untuk menyertai pertandingan yang lebih mencabar dan berprestij iaitu Kejohanan Piala Asia AFC 2011.